| ♥ Adila Husna ♥ | bittersweet life: Seri Iskandar kena ribut

Monday, July 2, 2012

Seri Iskandar kena ribut


Hot story ni. 
UiTM Seri Iskandar kena ribut. Abes semua harta benda. Masa time nak jalan balik kelas, hujan turun dengan lebat tersangat-sangat. Nak balik takut, so terpaksa singgah bilik ira dulu. Kami lepak kat situ sambil sembang-sembang. Angin masa tuh memang kuat sangat sampai atap genting pun jatuh kebawah. Cuba bayangkan kalau ada orang lalu bawah, comfirm la kepala terkoyak punya. Tapi Alhamdulillah. Tak ada kemalangan jiwa berlaku. Cuma yang jadi masalah, banyak bagunan hilang atap, cermin pecah, pokok timpa motor dan kereta, Yang tuh sememangnya dah tak boleh nak buat apa kan. Kuasa Allah. Orang yang duduk level atas semua tak boleh nak tidor dalam bilik sebab bumbung bocor. Terpaksa pindah kt bilik tetamu. Nasib bilik aku level 2. Dapat la jgk selamatkan. Blok budak lelaki ja teruk. Sampai ada yang nampak angin hitam masuk dan berbau busuk. Cermin abes pecah bumbung pun semua turun ke bawah. Maybe tempat depa angin berpusing kot. Dekat uptown pun khemah habes terbang walaupun khemah tuh berat. Memang kuat sgt angin hari tuh. 

Ni gambar bawah blok aku.

Ni keadaan selepas ribut, pokok tuh tumbang p dkt blik sebelah. nasib tak bilik aku. hehe 


Ni je yang dapat kongsikan. Tak sempat nak p jadi wartawan. 

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

0 comments:

 
Copyright © . All Right Reserved by Adila Husna 2013