| ♥ Adila Husna ♥ | bittersweet life: February 2013

Tuesday, February 5, 2013

Pure Marine Collagen


Hai hai hello semua!

before bercakap lebih lanjut meh ler order gelang pearl comel ni. gelang pearl comel

_________________________________________________________________________________

Pernah dengar tak pasal pure marine collagen original from sabah? Sure pernah dengarkan? Memang sekarang ni tengah kecoh sana sini pasal pure marine collagen ni. Dengan harga yang sangat-sangat mampu milik. Cewah ayat ! tapi cop cop, aku buka pengedar taw yg nak jual pure marine collagen ni ye. Aku just nak kongsi dengan semua tentang kebaikan pure marine collagen ni. My kazen yang jual collagen ni, so aku just order dekat dia je. Ajku order kat dia yang dah masak siap-siap. Nampak tak kemalasannya di situ. Nak yang dah masak siap-siap plak tuh. Tak pa la, adik beradikkan? Sepupu paling rapat tuh. Apa-apa pun sekurang-kurangnya support jgk bisnes dia kan? hehehe. Lepas tuh dia siap mai hantar dekat rumah lagi :) 

Macam ni la pure marine collagen yang dah siap masak.  Boleh tahan sebulan.
Bekas yang bulat tuh boleh buat masker. 
 Totally, hari ni dah masuk hari yang ke 20 aku mencuba makan pure marine collagen ni. Bukan setakat makan ja taw, siap buat skrub lagi. Tiap-tiap malam tempek kat muka. Nak cakap pun susah sebab collagen tuh duk melekat dekat pipi. Tapi yang sesak sikit bab nak menelan dia la. Bau Hehehe. Agak la hanyir cket.. Tuh pun sepupu aku dah masak letak daun pandan cket sbb tak nak bagi bau. Ni pun amek yang gred AA yang warna kuning. Bagi aku yang jenis tak tahan bau ni terpaksa minum dengan sunquick. Telan terus macam makan agar-agar tuh. Tak dak makna nak simpan lama-lama dalam mulut. Muahaha. Tapi sekarang dah okey dah. Tak rasa apa-apa dah. Dah boleh telan. Kalau pakcik aku lagi la, Dia p hantam makan sampai setengah bekas tuh sehari. Dah la makan macam makan sup. Nak kulit licin punya pasal. Hehe. Kena makan 3 sudu je sekali makan ye.  Tapi kalau sepupu aku, dia cakap boleh jgk buat kerabu. Rasa macam makan kerabu kaki ayam dia cakap. Tapi aku tak pernah lagi la nak try makan. Sebab aku order yang dah masak. So, nak buat kerabu yang setengah masak tuh. Nanti la order lagi yang tak masak plak. :)
Ni la kerabu Pure marine collagen yang sepupu aku buat. 

Alhamdulillah, Walaupun 20hari try pure marine collagen ni. Ada la aku nampak beberapa perubahan, So, excited taw! Liang roma pun mengecil. Jeragat pun makin pudar. Lagi pun benda ni tak campur dengan bahan kimia, selamat la nak pakai. yang tuh yang aku suka. :)

*Nilai2 nutrisi kolagen ni 10x ganda lebih tinggi dari sirip ikan yu (satu mangkuk kecil RM 300)
*Khasiatnya sama dengan sarang burung layang2 (RM 400 hingga ribuan ringgit)
*24% kolagen ni bersamaan 2 keping sarang burung layang2-Kalsium 37 yang lebih tinggi daripada hati ikan PH bernilai 7.6

KHASIAT PURE MARINE COLLAGEN 
  • Melaraskan berat badan & menstabilkan hormon
  •  Memulihara sel-sel kulit mati(kesan jerawat/kemalangan)
  • Mencantikkan kulit(lebih cerah,gebu & anjal)
  • Melicin dan menegangkan kulit serta payudara (anti-penuaan)
  • Kulit wajah lebih berseri-seri,anjal dan lembap
  • Mengecilkan pori-pori pada wajah
  • Mencerahkan kulit wajah & badan termasuk bawah lengan & ketiak.
  • Menghilangkan kedut pd wajah terutama garis halus di kwsn mata.
  • Anti bakteria
  • Membuang toksin dalam badan
  •  Membantu meningkatkan metabolisme & melancarkan peredaran darah
  •  Memperbaiki masalah kulit, kuku dan rambut
  • Mengurangkan sakit pinggang dan sendi terutamanya lutut dan siku
  • Push up payudara & punggung bagi wanita
  • Merawat tumit merekah
  • Menambahkan tenaga
  • Menormalkan fungsi kelenjar tiroid
  • Meningkatkan fungsi penghadaman/pencernaan, dan merawat gastrik
  • Menyerap lebihan garam dalam tubuh (lumpuh)
  • Merangsang penghasilan sel2 baru kulit, menyembuhkan luka
  • Meningkatkan sel rawan, ligamen dan otot
  • Merawat penyakit gout
  • Mencegah kanser/tumor
  • Memelihara usus kecil (mengelakkan sembelit/buasir
  • Menurunkan tekanan darah tinggi
  • Menurunkan tahap kolesterol dalam badan
  • Menstabilkan kandungan gula dalam darah(kencing manis)
  • Menberikan rasa kekenyangan (diet)

Kita tawakal je, Allah yang bagi semuanya. Semua ni alat utk kita berusaha, yang nak bagi cantik, sihat, semuanya datang dari Allah :)

Okey , sekian :)


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Friday, February 1, 2013

Hati berkecai !


Assalamualaikum,

Walaupun hari semakin sejuk, tapi aku tak sejuk okey. Aku tengah marah, sedih, bahang sampai kedalam badan. Berita sedih yang baru aku dapat dan tak dapat diterima dek akal aku! Seriusly, memang macam mimpi. Aku tak tau aku dapat berita apa. Gila sedih. Macam ni cerita dia, 31 Jan 2013 adalah hari keputusan UiTM keluar. Nak tengok aku dapat continue aku punya study or not. Seram sejuk kot, kalah time nak tengok result final exam. Bila tengok "Harap maklum anda tidak berjaya" ! haaaaaaaaaaaaaaaa! aku rasa macam nak jerit ja kuat-kuat. Macam tak percaya apa yang aku tengok ni weeeey!! Sekarang dah tak dak makna uitm dihati aku lagi. Rasa meluat tahap tinggi tinggi gila dah. Aku nak sambung study lagi, tak mau setakat ni ja. Nak kerja bagus-bagus, nak jugak rasa gaji tinggi-tinggi. Aku bersenggang mata kot, hari-hari p kelas, study hard, aku usaha dengan kudrat aku sendiri, aku usaha sampai aku dapat jgk dekan utk aku letak dalam result final exam aku. Even aku xdapat nak amek ANC sebab time part 1 aku slow lagi. Result final exam aku every sem tak pernah jatuh. Aku jaga CGPA aku. Sebab aku tak nak tengok parent aku kecewa dgn aku. Totally, parents aku yang tanggung aku study. Aku tak amek PTPTN. So, takkan tak kesian kt parents aku. My parent support me 100% dari semua segi. Tapi ini yang aku dapat. Ermm, It's okey. Mungkin bukan rezeki aku kot. Aku terima. Aku pasrah. Tapi menurut kata Puan Rima, Ketua pengambilan pelajar, Untuk intake mac 2013 kami letakkan CGPA 3.22 above utk dapat Quota kemasukan. Tapi CGPA aku lebih dari tuh! kenapa aku tak terpilih. Kenapa aku dikecualikan. Kenapa kawan-kawan aku yang dapat CGPA tinggi dari tuh pun tak dapat juga? Haaaaa! memang unfair. Sakit sangat hati. So, sekarang aku dah xdak plan lain. Aku kena buat rayuan utk aku continue study aku. Kesian kt mak ayah aku. Sementara aku tunggu result tuh, aku nak tambah lagi copy resume aku dan nak hantar semua agensi kerja yang ada. Yang penting aku nak hantar kt putrajaya mcam kawan aku. Kalau dapat kerja aku dah tak risau sgt. Kalau aku tak dapat jugak nak sambung study, Aku tahu Allah dah sediakan yang terbaik utk aku. Aku kena redha dan tabah. Rezeki ada dimana-mana. Kalau pandai usaha, Insyaallah dapat. Mungkin aku ada buat salah jugak, Aku mengaku aku salah, aku lambatkan bayar nazar aku. Aku nazar before aku dapat result final lagi. Kalau aku lulus dan dekan kali terakhir ni, aku nak puasa 2 hari. Tapi aku dah puasa sehari. Yang lagi sehari aku lambatkan sebab period. Pastu aku terlupa. Bila ingat balik, baru aku puasa balik. So, aku yang salah, aku yang lambatkan, mungkin itu sebab Allah lambatkan rezeki utk aku. Mungkin dgn itu Allah nak uji aku. Ya Allah, Ampunilah dosa aku. Kau tunjukkan aku jalan benar, bimbinglah aku Ya Allah ke jalan yang diredhai Mu. Aku percaya Allah ada, Aku yakin Allah akan tolong aku jika aku memerlukan pertolongan dari Nya. Yang penting kena selalu tadah tangan kepada Nya, Selalu buat solah sunat dhuha jadikan ia rutin harian kita. Selawat Dhuha tiap-tiap hari. Insyaallah Allah buka semua pintu-pintu rezeki kita. Walaupun aku dapat berita sedih, tapi Alhamdulillah, business aku yang baru tak sampai seminggu ni memberikan rezeki kat aku. Alhamdulillah, income pun bertambah. Ya Allah, limpahkanlah rezeki kepada hambamu ini lagi. Amin :')

aku pasrah dgn takdir,

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Adila Husna 2013