| ♥ Adila Husna ♥ | bittersweet life: May 2012

Thursday, May 31, 2012

Jarak itu menjaga kami



Assalamualaikum, salam sayang kepada semua. ^__^

Hari ini mood aku slow slow ja. Rasa happy dgn rasa nak marah 50-50 ja. Dok stabil tak dak yang lebih dan tak dak yang kurang. Rindu kt encik buah hati sgt-sgt. Memang orang cakap lebih elok bercinta after kahwin lagi best. Tapi kalau Tuhan nak bagi kita jumpa orang yang kita boleh rasa sayang kat dia awal before kita kahwin dgn dia mcm mana. Kena terima ja la kan. Jodoh semua ditangan Tuhan. Kita tak boleh nak buang perasaan yang bukan kita cipta sendiri ni. So, kita kena jaga dari mula.

cincin aku dan dia. Hadiah dari dia. :)

Aku mengaku aku bukan orang yang alim. Tapi aku jaga batas-batas pergaulan aku. Aku jaga nama baik keluarga aku. Aku pun bercinta dengan orang berlainan jantina dgn aku. Tapi kami bercinta tak macam orang lain bercinta. Kami sendiri elak utk selalu berjumpa. Kami elak bukan apa. Untuk jaga hubungan kami ni. Untuk menjaga kami dari melakukan perkara yang dilarang oleh Islam. Tambah-tambah lagi sekarang dia di kedah, Aku study di Seri Iskandar. Memang nak jumpa tuh agak la susah. Kadang-kadang 4bulan sekali baru kami jumpa. Tu pun kalau la jumpa. Sifat percaya memang kena ada dan patut ada. Memang kena percaya antara satu sama lain. Totally, aku memang percayakan dia. Sebab apa aku percaya sebab tiap kali aku cakap dia tipu. Terus dia suruh aku cakap dgn ahli keluarga dia. So, mmg aku letak kepercayaan kt dia 100%. Aku tahu dia macam mana. Aku tahu dia tak macam lelaki lain yang aku kenal. Dia seorang yang sgt rendah diri. Dia tak dak ego macam lelaki lain. Kadang-kadang aku ja suka ego xnak beralah langsung. Tapi dia, setia ja dgn aku. Aku sayang dia! So, jarak antara kami ni membuatkan kuat lagi sayang antara kami. Rindu kami kuat. Bila duduk jauh ni, tiap-tiap hari nak msg, tiap-tiap hari nak call. Kuat sangat aura dia. benda yang menjadi rutin harian after bgn tido dia call aku, before tidur call lagi. Memang kami tak pernah putus untuk tanya khabar. Orang cakap benda kecik pun nak bercerita dalam msg ke? Iye, kami story each other. Kalau tak buat macam tuh, lama-lama hubungan tuh jadi sunyi, jadi  kosong. Tuh penting nya kita share story even benda tuh kecik mcm mana pun. Kita buat dia jadi senyum kita. Itu la sebenarnya kebahagiaan. Walaupun dah lama  kami kenal. Tapi rasa mcam semlam ja kenal dia. Ntah, dia selalu ja cakap "dulu jual mahal, nak nombor tepon pun tak bagi". Rasa mcm semalam ja dia mintak nombor fon itu. dia siap tanya adik lagi. hehe. Rindunya kat diaa!

Actually, jarak itu bukan benda yang menghukum kita. But, jarak itu ada nak menjaga aku dan dia. Dengan jarak ini jugak aku berjanji utk berubah menjadi lebih baik dan memperbaiki cinta kepada illahi.  Terima kasih Ya Allah kerana memberikan aku peluang kepadaku melalui jalan-mu ini. Alhamdulillah :D 




Terima kasih kerana memberikan JARAK itu kepada aku dan dia.


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Monday, May 21, 2012

PART 5. Saya senior!

Assalamualaikum. 

Suma sihat? Hakak senior kan? So, kena la sopan cket. hehe. Kejap je rasa. Kejap sangat dah nak habis dah. Sekarang dah part 5. Part yang menjadi part penentuan. Kalau past, maka tamatla menjadi student UiTM. Harap sangat aku past dan boleh grand on time. Takut kot. Aku tahu tahap aku kt mana. Aku bukan budak pandai. Tapi aku selalu belajar utk cuba sesuatu yang baru. Aku mula dari bawah taw x. Aku bukan macam orang lain. Terus mula dari atas. Tapi rezeki Allah masing-masing. Mungkin ada hikmah disebalik semua ni kan? Dulu aku duduk UiTM machang. Lepas tuh baru aku pindah UiTM perak. Aku belajar merata. Rezeki aku banyak. Datang bertimpa-timpa. Memang aku akui. Aku mula dari bawah. Tapi Allah bagi rezeki aku tambah-tambah. Abes study , aku terus dapat tawaran. Aku tak pernah duduk lama dekat rumah. Alhamdulillah. Syukur sgt. Lagi banyak tempat kita belajar, lagi ramai kawan kita dapat. Lagi banyak perangai kita tengok. Tapi itu semua cabaran yang kita kena tempuh. Sekarang aku student part 5 UiTM perak. Dah final year dah. Cuak sangat-2. Tapi dalam hati aku. Aku dah niat, Semua ni untuk mak ayah aku. Aku nak mak ayah aku bangga ada anak macam aku. Itu ja aku nak. Aku nak tengok mak ayah aku gembira dgn aku. Insyaallah. Sem ni aku akan cuba buat yang terbaik. Terbaik sekali. JANJI!



Untuk membukaan sem ni, aku dah beli stok makanan. Hope masa last sem xdak la aku bawak balik pula. Selalu sangat beli banyak-banyak, pastu tak makan. Pastu bawak balik rumah balik. Pastu mak pun bising. Dah cuba, suruh kawan-kawan makan. Tapi depa xmau makan. Tak kan nak paksa plak kan. hehehe. Tambah-tambah meggi. Lagi la aku tak berapa nak makan. Comfirm la nanti bawak balik jgk. Mak tggu taw. Yang sure habis, Milo je kot. Hehehe.



Nak tahu x yang kat atas ni hape? Yang senget benget ni? Yang kt atas ni la stiker. Stiker ni kena kumpul tiap-tiap sem. Atleast 15 stiker untuk dapatkan tiket nak dapat duduk kolej/hostel. UiTM memang buat macam ni sebab nak bagi student dia seimbang dari segi akedemik dan sahsiah diri. Macam mana nak dapat ni? Mesti la kena pegi or join majlis-majlis ilmu. Yang ada tiap-tiap malam. So, malam-malam dengar ceramah, balik buat assignment pastu pagi esok g kelas mengantok. hohoho. Tapi kan? motif tunjuk picture sebab nak bagitahu. Ni kan dah sem last. So,  Stiker tak payah la nak gedik gedik pegi kutip. Sem depan dah x duduk sini dah. hehehe. Syoikkkk gilerrrr! So, lepas balik kelas boleh la rehat-rehat cket. Sementara nak sambung buat assignment. Tapi kan kan? jadual sem ni! huh, sangat la x best langsung. kelas kul 8 kenapa la fakulti buat. tak boleh ke buat kelas kul 10 semua. Tapi yang best jgk xdak kelas malam. best best!

Okey, dah la. Nanak bum bum!




Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Saturday, May 19, 2012

Bela anak yatim



Heloha?

Baca elok-elok tajuk diatas. Bela anak yatim?. Anak yatim yang merupakan anak luar nikah tanpa sah taraf. Dan tinggalkan ibu yang mengalami tekanan jiwa. Oh, sangat sedih. Anak yatim ni dijumpai di bawah katil aku. Hahaha. Ni haaaa.. Warna hitam pekat ni. 
.
.
.


Ibu kepada anak yatim ni kenapa ntah sejak dia beranakkan anak dia yang ni. Dia mcm mengabaikan tanggungjawab dia sebagai ibu. Dia letak anak dia bawah katil aku tanpa sebarang pelapik. Letak betol-betol atas lantai. Lantai yang sejuk tuh. Kan jubin kan sejuk. Aku duduk kt lantai pun xtahan. Apatah lagi si kecik ni. Pepagi lagi dah bunyi meow meow bawah katil. Ingtkan apa. Tengok-tgk ada si kecik ni. Kesemuanya ada 3 ekor. 2 ekor dah mati keras dah bawah katil aku. Tinggal yang ni sekor ja duk meow meow. Kesian dia. Ibu dia xmau jaga langsung. Masa amek pegang dia. Badan dia sejuk sangat-sangat. Terpaksa amek towel kecik balutkan badan dia. Lepas tuh, p dapur. Bancuh susu kambing bagi dia minum. Orang cakap susu kambing ni kan sesuai utk panaskan badan jgk. So aku pun suap la dia dengan picagari tuh. sikit-sikit. Takut tersedak. Tapi tak nyer telan pun. So, dah xtahu dah nak buat mcm mana. Tawakal je la. Amek ibu dia suh jilat-2. tak xmau plak. Ntah macam mana ntah. Dia macam daah bergerak cket. Ingatkan dah okey. Tapi x lama lepas tuh. Dia dah mengerang kesakitan. Dia mcm sakit sgt masa Allah nak cabut nyawa dia. Kecian kat dia. xdapat hidup dgn family kami. :'(. tak apa la. Allah lebih sayangkan dia. Lepas aku dah tanamkan dia. Ibu dia mcm dah x tentu arah. Mana tak nya. Anak dia 3 ekor mati hari yang sama. Sebab dia xnak bagi susu. Kejam punya ibu. 





Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Friday, May 11, 2012

Kek pisang tak menjadi. Kenapa?

Assalamualaikum.

Huh! penat. Settlekan kerja rumah yang berlambat tuh. Dan tetiba terasa, nak sangat makan kek. Tapi tak tau deria rasa ni nak makan apa. Hahaha. gila ayat! Terus apa lagi kan. terus jumpa encik gugerl la. Nak cari resepi. Tapi yang paling paling senang nak buat. Kek pisang la kan! tapi bila search kek pisang dapat la 1 resepi ni. Dah taw resepi. Kena la tgk kat dapur cukup bahan-bahan x. So, terus pegi tengok dengan laptop terbuka atas katil. Sementara nak tgk utube tgh loading. Boleh la nak tinggal jap kan. hehe. Bukan lama pun. Dan dengan harapan, boleh dan siapkan sebijik kek pisang. Hehe.

Ni resepi yang dapat dari encik google. 
Thanx kepada yang sudi share dia punya resepi.


dannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn.
bila masuk balik bilik! laptop saya diamek dan digunakan oleh binatang berbulu ini!
haaaaaaaaaaaa! orang nak guna ni. ate aceno ni? dia nak tgk plak. jap g amek kesian plak kat dia. dia tgk sungguh sungguh. tak klip mata langsung. Haha. macam dia faham. 



dan aku pun tak faham dia tgh tgk apa sampai kusyuk sangat sampai macam tuh sekali. Nak tau tak, nak tahu tak! dia tgk .... utube yang tgh loading tadi. haaaaaa.. ada awex, patut dia tgk tak klip mata langsung. 


Semakin dekat dia dengan skrin. Dia tgh usha awex tuh. Kenapa anak awex tuh banyak sangat. Ni awex ke tak ni? Ke nenek dah ni? 



Tengok lagi dekat! dekat laagi. Comel jgk kan dia ni. Ni mesti janda berhias ni. Owh, cun nyaaa.. Nak jadi bini ke? nak jadi menantu ni? kang buat mak mertua beru tahu.




Haaaaaa! penat la usha awex. Nak bongkang ler plak. Awex awex tolong jgn usha saya lebih-lebih k. Tersexy plak! 


Ni la ceritanyer. dan sampai sudah kek tuh x terbuat-buat. Si duku amek laptop. Pastu biar dia tgk sampai puas. dah puas baru dia tido mcam tuh. hahaha.

Sekiannnn,


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Saturday, May 5, 2012

Tup Tap Tup Tap


Assalamualaikum Semuaaaaaaaaaaaa......

Hehehehe. Senyum meleret-leret. Nak tahu kenapa? belog dah tukar new header. Cantik x? sweet gitu. tak pandai la nak edit bagi cantik-cantik. coz saya tak kreatif la. Ni pun slow-slow je buat. Kira okey la ni kan. Sebab belajar pakai photoshop pun sendirian berhad je. mana pro sgt mcm budak grafic. Cukup la ni kan. hehehe. Hasil tangan sendiri. Semoga header yang baru ni dapat menceriakan suasana cket belog ni. Cakap macam header ni hidup plak kan. teeeeeeettttttttt! *hantu x ada ye kat sini.

Okey, Kita preview header dulu kala k. susah nak tukar header sebenarnya, Nak cakap sayang pun x. Actually, xdak masa nak edit la.(malas sebenarnya) :P
.
.
Okey, ni header mula-mula masa baru nak up pakai Photoshop. Buruk benau! simple , comel , Tapi macam ada tak kena kan? Hahaha. Sapa tau! Angkat tiak. 

.
.
.
.
Dah pandai cket pakai la header ni. Header ada gambar sendiri plak. Aceceh! Naik level dah. Ni pun pandai-pandai sendiri ja belajar dari tutorial orang. Bangga dah la ni boleh buat sampai tara ni. MUahahaha. 

.
.
.
.
.
Bila dah nak pandai-pandai. Up lagi level. Ni header yang latest. Hahaha. Ada kartun-kartun bagai. Nak fall in love la kononnya. Comel x? comel x? Semoga hati rajin la nak berbelog lepas ada header baru ni. :)


.
.
.


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Tuesday, May 1, 2012

Jacobs kismis pancake


hallo ?


Actually, aku x tahu nak buat apa pagi ni. Lepas subuh, mata dah mmg x boleh tidur. Alhamdulillah. Maybe dan nak berubah kot. Hehe. Aku pun x berapa pasti. So, dah x boleh tidur, perut mula la kan nak mintak makanan yang bukan-2. Tabiat aku bila lapar aku. Terus aku ajak en. google date. En. google plak sangat pandai. Tunjuk plak gambar makanan yang sedap-sedap. mana oden nak tahan! terus cari cari. Jumpa la resepi yang simple ni. "Puding biskut jacobs". Salin resepi semua terus pegi dapur selongkar almari harta karun tuh. Roti jacobs ada banyak tin lagi. Haha. Mak ayah aku mmg selalu beli biskut ni buat stok untuk breakfast before mereka pegi keja. So boleh la amek cket. Bila cek semua bahan-bahan cukup ada dirumah. Start la membanking. tapi actually ni puding. patutnya kena letak dalam cup cup kecik tuh. Tapi kat rumah tak dak plak cup cup kecik tuh. Pasal tuh la aku terus buat yang besar terus. Nak makan potong la. sendiri. Yang pasti perut terisi : p


Yang merekah itu lapisan atas. yang tengah itu lembut dan yang bawah itu sangat sedap. Habis jgk akhirnya. Nak resepi ? boleh. tapi kena bayar la. haha. 

Resepinyaaaaaaa : 



Bahan-bahan 
1 tin  susu sejat
1 bungkus biskut wheatmeal Jacobs
4 sudu besar Gula halus *
2 sudu besar Butter*
1 biji Telur*
3 sudu besar Kismis*- tinggal sedikit untuk dihias atas adunan

Cara-cara 
Biskut yg telah dihancurkan kecil2, direndam dengan susu sejat dalam loyang  selama 30 minit.
Masukan bahan-bahan bertanda * ke dalam loyang dan gaul rata.
Taburkan kismis diatas adunan tadi.
Kukus selama 30 minit atau sehingga masak

Selamat mencuba :)






Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Adila Husna 2013