| ♥ Adila Husna ♥ | bittersweet life: July 2012

Tuesday, July 31, 2012

Masa depan saya

Walawey

Actually, Dengan umur aku yang sekarang ni, aku dah diperingkat dewasa. Kawan-kawan aku ramai yang dah kawen. Ada yang dah ada anak pinak dah pun. Aku ni yang masih tekedek kedek lagi. Tak tau hala tuju lagi. Hidup aku penuh dengan liku liku. Aku nak jugak macam depa. Ada anak, ada suami disisi. Nak ada keluarga sendiri yang aku bina dengan suami aku. Tapi mak ayah aku masih lagi angkat bendera merah untuk aku ke arah itu. Memang susah mak ayah nak lepaskan seorang anak yang mereka bela dari  kecik. Nak suruh ayah mak faham lagi la susah. Aku nak kawen awal. Kalau boleh before aku umur 25 aku dah otw tggu masa nak akad nikah je. Tapi mak ayah aku macam kurang percaya dengan aku. So, aku tak taw sampai bila mak ayah aku nak percaya kan yang anak dia dah boleh berdikari, dah boleh ada kehidupan sendiri, dah boleh ada sang suami, dah boleh bina keluarga sendiri. Tapi aku percaya bahawa Allah belum bagi aku semua tuh. Mungkin aku belum matang untuk nak dapat itu semua. Masih banyak kekurangan dalam diri aku mungkin. Insyaallah, Suatu hari nanti aku akan mempunyai seorang suami yang boleh bimbing aku dan anak yang soleh dan solehah. Aku akan terus bersabar dan berdoa. Semoga Allah makbulkan doa hambamu ini. Amin.

Aku nak macam ni, :(


Aku nak ada baby comel mcm ni :(



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Wednesday, July 25, 2012

Selamat hari lahir sayang :D


 Allah selamatkan kamu, 
Allah selamatkan kamu,
Allah selamatkan Mohd hazim rameli,
Allah selamatkan kamu. 


Hari ni hari jadi encik buah hati. Semoga awak dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki yang melimpah ruah, lebih berjaya dalam carier awak, menjadi insan yang patut kepada kedua orang tua awak, semoga Allah rahmati hidup awak dunia akhirat. dan semoga dipercepatkan dan dipermudakan jodoh kita. amin. : D
Tak dak kek untuk buah hati. Sedih sangat sebab tak dan lagi nak buat kek untuk dia. Dia dah request nak kek aiskrim tapi saya belum pandai nak buat kek itu. nanti kena try jgk buat untuk dia. I can do it. hehe. Tapi sempat la belikan dia hadiah. 

Dear abgg,
Even hadiah ni tak mahal.  Hope abg suka dgn pemberian sayang yang tak seberapa ni.. Yang ni je mampu sayang carikan utk abg semperna besday abg. Harap abg suka memakainya. Sayang dah tak taw nak belikan abg apa. Sebab susah benau nak cari barang lelaki ni. Yang ni yang sayang jumpa. dan terus sayang amek dan beli. Disebabkan abg suka kan kotak warna merah. Sayang dah tukarkan kotak dia jadi kaler merah. Haha. Romantik la cketkan. haha. Okey. I love U so muccccccchhhh.!

 Sebenarnya kotak ni cik buah hati yang snap, sbb before aku bagi hadiah ni kat dia. aku terlupa nak snap pic. So, aku suh dia snap balik. sbb nak letak dalam blog. tuh pasal riben suma dah xdak dah la. encik buah hati cakap dia x pandai nak ikat dah. Terpaksa tangkap gmbaq kotak ni togel. HAHA. :D

Ni hadiah utk encik buah hati. :D



Buah hatimu,

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Sunday, July 8, 2012

Lepaskan kempunan :)


Hello hai hai hai!

Hari weekend yang ditunggu-tunggu! Kami keluar ke Ipoh untuk untuk? untuk bersuka ria la. Memang kalau budak uitm kan. Mesti weekend je ipoh atau manjung atau teluk batik je. Tak de tempat lain ea? Haha. Xde la. gurau je. ade je weekend jalan merata. mana sempat nak tanya depa g mana. :P Tapi Hari weekends baru baru ni. Aku bersama bff aku, keluar g outing. Jalan-jalan pusing ipoh. Dapat plak "green light" dari abah ekin untuk pinjamkan kereta. So, apa lagi. Kami memang ronda sakan la dengan minyak kereta full tank. Sapa tak mau kan? hehe. Terima kasih abah ekin. Kami pinjam sampai bawak balik uitm taw. So, kami keluar 4 orang. Ira, ekin, nisa dan aku. Pagi tuh terpaksa naik bus yang nak dekat runtuh tuh sampai ipoh. Pastu tunggu kat stesen bus medan kidd sampai la abah ekin amek. Dah amek, Kami lepak la rumah ekin kejap. Relax-relax situ dulu. Pastu baru keluar ke pekan round abes dari mydin, green town mall, parade, semua kami jelajah. Besa la, awal-awal sem ni duit PTPTN kawan-kawan aku berkepui kepui dalam poket. hehe. Aku xamek pt so hanya harap duit ptptn ayah ja. Makan apa pun kena jimat-jimat. Sebab banyak kali ayah aku kata aku boros. Wahaha. 

Lepas abes kami merantau semua tempat untuk cuci mata. Perut kami pun lapar tahap dan bertahap lah. So, kami pun apa lagi. Terus la bergerak ke padang polo ipoh ni. Actually nama betol dia. Taman reakrasi Sultan Abdul Aziz. Aku pun tak tahu kenapa panggil padang polo. So, kali ni mmg cuci mata abes la. Memang tempat lepak petang-petang. Tempat ni besar. Boleh berjogging, main bola dan ada taman mini disitu. Tapi kami tak pegi la melawat semua sekali. sebab perut lapar. Pastu nak cari parking banyak kali pusing. so, Dapat ja parking, terus singgah kedai laksa kedah ni. Memang kena dengan selera aku la sebagai orang kedah. Laksa dia pedas, pekat, dan berlemak! sedap gila. Kena plak dengan keropok lekor + cendol. Apa lagi. Sangat-sangat kenyang! sangat-sangat rasa nak p beli lagi. Hehehe. Tapi yang ni pun. Ira yang belanja laksa, pastu cendol ekin belanja. So, lagi la sedap orang belanja kan? hehe. Terima kasih :)

Nak tengok laksa tuh x? sini..

Ni la "laksa kedah padang polo". Orang tuh jual atas lori ja. tapi sedap.
laksa + cendol + keropok lekor = kenyang :)



Tapi meja dia sikit, so lebih sedap makan atas padang ni ja. 
Tempat lepak dan makan paling best!


Sedap sehingga menjilat jari! Lepas dah kempunan nak makan laksa kedah



Okey. Sekian.^___^



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Monday, July 2, 2012

Seri Iskandar kena ribut


Hot story ni. 
UiTM Seri Iskandar kena ribut. Abes semua harta benda. Masa time nak jalan balik kelas, hujan turun dengan lebat tersangat-sangat. Nak balik takut, so terpaksa singgah bilik ira dulu. Kami lepak kat situ sambil sembang-sembang. Angin masa tuh memang kuat sangat sampai atap genting pun jatuh kebawah. Cuba bayangkan kalau ada orang lalu bawah, comfirm la kepala terkoyak punya. Tapi Alhamdulillah. Tak ada kemalangan jiwa berlaku. Cuma yang jadi masalah, banyak bagunan hilang atap, cermin pecah, pokok timpa motor dan kereta, Yang tuh sememangnya dah tak boleh nak buat apa kan. Kuasa Allah. Orang yang duduk level atas semua tak boleh nak tidor dalam bilik sebab bumbung bocor. Terpaksa pindah kt bilik tetamu. Nasib bilik aku level 2. Dapat la jgk selamatkan. Blok budak lelaki ja teruk. Sampai ada yang nampak angin hitam masuk dan berbau busuk. Cermin abes pecah bumbung pun semua turun ke bawah. Maybe tempat depa angin berpusing kot. Dekat uptown pun khemah habes terbang walaupun khemah tuh berat. Memang kuat sgt angin hari tuh. 

Ni gambar bawah blok aku.

Ni keadaan selepas ribut, pokok tuh tumbang p dkt blik sebelah. nasib tak bilik aku. hehe 


Ni je yang dapat kongsikan. Tak sempat nak p jadi wartawan. 

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Adila Husna 2013