| ♥ Adila Husna ♥ | bittersweet life: January 2013

Saturday, January 26, 2013

Gelang Pearl Comel



Assalamualaikumm semua!
 Yang jauh meh dekat-dekatkan, yang dekat meh rapat-rapatkan. Saya bukan nak jual jamu, tapi hanya nak menjual gelang mutiara cute yang sgt HOT HOT sekarang ni.  Meh dulu tengok-tengok kalau berminat boleh terus msg ke number tel. saya 013-4295448/017-5223025(Dila)

Bagi details seperti berikut :

NAMA:________________________
NO. TEL:______________________
NAMA FB:_____________________
CODE GELANG:________________

*CODE GELANG AMEK YANG LINE BERWARNA KUNING TUH :)


GPC0001: 8mm Swarovski Pearl in Bright Gold + 4mm Bicone Swarovski Crystal in Crystal AB + Single Dagling Heart in Topaz AB + Claps & chain in Sterling Silver 925.
GPC0002: 8mm Swarovski Pearl in Gold + 4mm Bicone Swarovski Crystal in Crystal AB + Single Dagling Heart in Light Topaz AB + Claps & chain in Sterling Silver 925.
Add caption
GPC0003: 8mm Swarovski Pearl in Burgundy & Powder Rose + 4mm Bicone Swarovski Crystal in Crystal AB + Single Dagling Heart in Rose AB + Claps & chain in Sterling Silver 925.
GPC0004: 8mm Swarovski Pearl in Light Grey & Dark Grey + 4mm Bicone Swarovski Crystal in Crystal AB + Single Dagling Heart in Black Diamond AB + Claps & chain in Sterling Silver 925.
GPC0005: 8mm Swarovski Pearl in Burgundy + 4mm Bicone Swarovski Crystal in Crystal AB + Single Dagling Heart in Crystal AB + Claps & chain in Sterling Silver 925.
GPC0006: 8mm Swarovski Pearl in Light Blue & Rosaline + 4mm Bicone Swarovski Crystal in Crystal AB + Single Dagling Heart in Aquamarine AB + Claps & chain in Sterling Silver 925.
GPC0007: 8mm Swarovski Pearl in Rosaline + 4mm Bicone Swarovski Crystal in Crystal AB + Single Dagling Heart in Light Rose AB + Claps & chain in Sterling Silver 925.
GPC0008: 8mm Swarovski Pearl in Mystic Black & Mauve + 4mm Bicone Swarovski Crystal in Crystal AB + Single Dagling Heart in Vitrail Light AB + Claps & chain in Sterling Silver 925.
GPC0009: 8mm Swarovski Pearl in Powder Rose + 4mm Bicone Swarovski Crystal in Crystal AB + Single Dagling Heart in Rose AB + Claps & chain in Sterling Silver 925.
GPC0010: 8mm Swarovski Pearl in Rosaline & Powder Rose + 4mm Bicone Swarovski Crystal in Crystal AB + Single Dagling Heart in Light Rose AB + Claps & chain in Sterling Silver 925.
GPC0011: 8mm Swarovski Pearl in Mystic Black + 4mm Bicone Swarovski Crystal in Crystal AB + Single Dagling Heart in Jet + Claps & chain in Sterling Silver 925.


GPC0012: 8mm Swarovski Pearl in Light Blue + 4mm Bicone Swarovski Crystal in Crystal AB + Single Dagling Heart in Aquamarine AB + Claps & chain in Sterling Silver 925.
GPC0013: 8mm Swarovski Pearl in Bright Gold & Gold + 4mm Bicone Swarovski Crystal in Crystal AB + Single Dagling Heart in Topaz AB + Claps & chain in Sterling Silver 925
GPC0014: 8mm Swarovski Pearl in Bright Gold & Light Green + 4mm Bicone Swarovski Crystal in Crystal AB + Single Dagling Heart in Vitrail Medium AB + Claps & chain in Sterling Silver 925.
GPC0015: 8mm Swarovski Pearl in Mauve + 4mm Bicone Swarovski Crystal in Crystal AB + Single Dagling Heart in Vitrail Light AB + Claps & chain in Sterling Silver 925.
GPC0016: 8mm Swarovski Pearl in Gold & Cream + 4mm Bicone Swarovski Crystal in Crystal AB + Single Dagling Heart in Light Topaz AB + Claps & chain in Sterling Silver 925.
GPC0017: 8mm Swarovski Pearl in Burgundy & Mauve + 4mm Bicone Swarovski Crystal in Crystal AB + Single Dagling Heart in Vitrail Light AB + Claps & chain in Sterling Silver 925.
GPC0018: 8mm Swarovski Pearl in Mystic Black & Dark Grey + 4mm Bicone Swarovski Crystal in Crystal AB + Single Dagling Heart in Jet + Claps & chain in Sterling Silver 925.
GPC0019: 8mm Swarovski Pearl in Rosaline & Lavender + 4mm Bicone Swarovski Crystal in Crystal AB + Single Dagling Heart in Vitrail Light AB + Claps & chain in Sterling Silver 925.
GPC0020: 8mm Swarovski Pearl in Cream + 4mm Bicone Swarovski Crystal in Crystal AB + Single Dagling Heart in Crystal AB + Claps & chain in Sterling Silver 925.
GPC0021: 8mm Swarovski Pearl in Brown & Bronze + 4mm Bicone Swarovski Crystal in Crystal AB + Single Dagling Heart in Golden Shadow AB + Claps & chain in Sterling Silver 925.
GPC0022: 8mm Swarovski Pearl in Red Coral + 4mm Bicone Swarovski Crystal in Crystal AB + Single Dagling Heart in Light Siam AB + Claps & chain in Sterling Silver 925.
GPC0023: 8mm Swarovski Light Grey + 4mm Bicone Swarovski Crystal in Crystal AB + Single Dagling Heart in Black Diamond AB + Claps & chain in Sterling Silver 925.
GPC0024: 8mm Swarovski Burgundy & Bright Gold + 4mm Bicone Swarovski Crystal in Crystal AB + Single Dagling Heart in Topaz AB + Claps & chain in Sterling Silver 925.
GPC0025: 8mm Swarovski Mauve & Powder Rose + 4mm Bicone Swarovski Crystal in Crystal AB + Single Dagling Heart in Rose AB + Claps & chain in Sterling Silver 925.
KALAU BERMINAT BOLEH JGK PM DI FACEBOOK SAYA KLIK

SIAPA CEPAT BAYAR, DIA DAPAT CEPAT !


Bagi details seperti berikut :

NAMA:________________________
NO. TEL:______________________
NAMA FB:_____________________
CODE GELANG:________________




Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Friday, January 25, 2013

Pearl Swarovski

Hello hello!

Pernah dengar pasal Pearl Swarovski?

Ni la sebernarnya Pearl Swarovski. Pearl Swarovski ini sangat cantek, berkilat-kilat dan sangat sesuai dgn suhu badan .Nak tahu lebih lanjut pasal Pearl Swarovski scroll dan baca sampai bawah okey, :)



Mutiara Swarovski juga dikenali sebagai Mutiara Kristal Swarovski. Ia satu-satunya mutiara tiruan yang dicipta dengan menggunakan kristal Swarovski sebagai bahan asas. Penggunaan kristal sebagai bahan asas telah menghasilkan mutiara tiruan yang sangat realistik.
Swarovski telah mencipta satu teknik yang unik untuk membuat mutiara swarovski kelihatan seperti mutiara asli. Swarovski menghasilkan kaedah pertama di dunia yang menggabungkan kristal dengan salutan mutiara yang indah. Mutiara Kristal Swarovski benar-benar menakjubkan dan telah dicipta khas untuk kelihatan seakan-akan mutiara yang sebenar dengan menggabungkan salutan mutiara di atas kristal yang digerudi. Lapisan inovatif khas memastikan replika mutiara semulajadi yang sempurna dan memberikan cahaya seperti dipancarkan dari dalam mutiara itu sendiri. Mutiara Swarovski serupa dengan mutiara asli bukan sahaja dalam dari segi penampilan dan saiz tetapi juga dalam keupayaan untuk menyesuaikan diri dengan suhu badan anda. Mutiara Swarovski mempunyai kilauan harmoni dan berseri yang dicapai oleh teknologi salutan khas yang dibangunkan oleh Syarikat Swarovski.
Mutiara Kristal Swarovski dihasilkan di bawah syarat-syarat yang ketat dan kualiti yang sempurna. Pemeriksaan tahap kualiti mereka memberi jaminan penuh bahawa mutiara mereka mempunyai kemasan sempurna, konsisten, dan saiz yang seragam. Swarovski menggunakan teknologi canggih yang baru, menghasilkan lapisan ibu mutiara yang sama rata kepada teras kristal. Teknologi inovatif ini membolehkan fleksibiliti dalam variasi warna dan nada harmoni yang menghasilkan cahaya indah mutiara itu. Penggunaan kristal sebagai bahan asas adalah faktor yang membezakan mutiara Swarovski berbanding mutiara tiruan yang lain. Mutiara Swarovski yang telah siap mempamerkan penampilan yang jauh lebih bercahaya berbanding mutiara tiruan yang lain.
Mutiara tiruan lain mempunyai beberapa kelemahan. Antaranya, semburan minyak wangi atau peluh boleh menyebabkan mutiara tiruan plastik kehilangan salutan mutiaranya. Kerana mutiara palsu mudah tercalar, aktiviti membersih adalah sangat sukar. Tetapi bagi Mutiara Swarovski, ia boleh dibasuh dan tidak mudah terdedah kepada kerosakan dari minyak wangi atau peluh. Ia juga tahan calar. Suhunya cepat disesuaikan dengan suhu badan si pemakai.




Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Monday, January 7, 2013

Aku jawab balik

Assalamualaikum. 

Dengar tak aku cakap aku jawab balik! Hehe. Munyik macam serius je kan? Okey, macam ni cerita dia before ni ramai sangat tanya aku buat apa sekarang? Tak keje ke? Tak cari income cket ke untuk sambung study nanti? Takkan tak nak cari kerja langsung kot. Nak duduk rumah je ke? Okey, Fine meh aku cerita bagi details. Actually, pasal kerja memang aku dah cari. Aku g cari sorang-sorang taw tak. Tanpa ada orang teman pun. Aku tebalkan muka cari sana-sini. Tapi semua cakap TAK ADA KERJA KOSONG adik. SO sad! *lap air mata yang berderai. Lagipun aku nak kerja part time je. Pekan yang dekat rumah aku tuh kecik je mana besar pun. Kerja semua terhad, yang ada kedai-kedai baju, kedai-kedai kain. Yang tuh mak aku yang tak bagi, sebab kerja habis malam. Aku nak balik sorang. Bahaya la cket. KFC aku dah cuba usha, tapi masalahnya KFC tuh aku tak tahu nak mintak kerja kt sapa, takkan nak g mintak kt kaunter kot. Yang aku kenal pekerja KFC tuh pun belagakss gilaaa! aku kenal dia, satu sekolah ja dgn aku. Tapi dia tua setahun dari aku, Senang cerita umo dia sama dgn abg aku. Aku banyak kali masuk KFC try senyum kat dia, Tapi Hampes, aku malu sendiri. Langsung tak senyum balik. Tapi bila aku g dengan abg aku, amboi bukan main ramah lagi dia.. Puihh! Menci aku. 

Okey lepas itu aku buat plan lain cari duit. Takkan nak keluar ja kena mintak duit kat mak. Memang la mak bagi. Tapi bila dah besar, malu la nak mintak-mintak ni. hehe. Next plan aku try buat kek karemal pelangi tuh, mana tahu kot boleh buat business. Aku plan nak buat kek pelangi tuh sebijik, lepas tuh nak suruh mak aku bawak g sekolah dia. Suruh cikgu cikgu rasa. Kalau depa kata sedap. Baru boleh order dgn aku. Tapi kan, nak jadikan cerita, tiap kali aku buat kek karemal tuh dalam sekelip mata kek tuh abes. Bukan dimana-mana. tapi dirumah aku sendiri. So, mcm mana nak suruh orang lain rasa ? Tension aku. tapi plan ni still dalam kepala aku lagi.

Next plan, aku cuba nak buat Iklan berbayar. Tahu tak? Alah, macam-macam sekarang ada. Kalau pandai cari dapat la. Tapi seminggu aku check amount duk banyak tuh jugak. Tak pernah nak tambah. kalau bertambah pun cket sangat. Aku tunggu macam tunggul kayu ja. Sedih gila! 

Next plan, aku nak cari duit dalam dunia blog! Aku pun usha-usha otai-otai. blogger plak. Nak tengok macam mana depa tarik orang utk join blog depa. Dan paling yang aku tgk mesti la blog abg ben. Siap bertweet lagi dengan dia. Siap follow lagi. Aku follow dia, dia follow aku back. Tapi slot #responanda dalam  TL twitter aku tiap tiap malam ada. Macam-macam cerita keluar. Tak tahan nak gelak baca. Tapi nak tarik orang utk baca blog kita macam susah ja. Macam mana aku nak buat ni :(


Okey, sampai sini ja, cerita ni tak habis lagi, tunggu next episod. Waaa! mcm cita adam dan hawa plak. :P


budak buntu,


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Adila Husna 2013