| ♥ Adila Husna ♥ | bittersweet life: SI PENCULIK HATIKU

Friday, November 19, 2010

SI PENCULIK HATIKU


Bak kata orang , cinta itu buta.. tp bagi aku cinta itu ada mata.. mata itu adalah hati yang melihat betapa sucinya sesuatu cinta yang datang menghampiri kita... Kali ini , aku mengaku hati aku memang sudah jatuh cinta pada dia.. aku jatuh cinta pada perwatakkan si dia , jatuh cinta pada percakapan si dia , dan jatuh cinta pada kepandaian si dia memahami hati aku.. Dalam hati aku berbisik seketika , benarkah cinta ini betol-betol wujud dalam diri aku sekarang.. Hati aku berkata lagi , andai itu bukan cinta kamu , mengapa ada perasan rindu kamu pada si dia?.. Ah , itu memang cinta.. cinta yang membuatkan dunia senyum gembira melihat aku.. hari-hari aku menjadi indah seindah pelangi dikaki gunung cintamu.. tp hati ini masih lagi ragu-ragu mahu menerima kemuliaan cintamu.. hati ini tidak sanggup lagi dilukai sepertimana suatu ketika dahulu ketika hati ini benar-benar dipenuhi buih-buih cinta.. Hati ini juga pernah dicincang selumat-lumatnya oleh sang lelaki yang tidak pernah menghargai cinta hati ini untuk dia.. Sang lelaki yang dipenuhi ego , penuh dengan perasaan dendam , penuh dengan keperangaian kebudakkan , penuh dengan perasaan cemburu yang membuak-buak dalam diri , itulah yang menolak cinta suci hati ini.. Tapi setabah hati ini , kadang-kadang kelopak mata ini jugak pernah dibasahi dengan linangan air mata.. Air mata penyesalan hati ini ketika menerima sang lelaki itu sebagai Cinta untuk dipenuhi ruang hati yang ada.. Berderai-derai air mata keluar ketika hati ini meninggalkan sang lelaki yang tidak berhati perut itu...Hati pernah merintih agar kembali kepada sang lelaki itu kerana dalam hati ini ada lagi secebis rindu pada hati sang lelaki itu.. Jiwa hati ini menjerit sekuat hati , jangan kau berpaling pada dia.. ingat apa yang telah dia buat pada kau.. dia yang hancurkan hati kau.. dia yang x pernah menghargai kau.. dia sudah lupakan kau , jadi kau patut lupakan dia~

p/s : jangan lukakan hati saya lagi :(
Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

0 comments:

 
Copyright © . All Right Reserved by Adila Husna 2013