| ♥ Adila Husna ♥ | bittersweet life

Friday, April 6, 2012

Cerita si puteh melepak

HELLO kawan-kawan, saya tengah cuti sem sekarang.. Apa mau bikin? Syok bak hang... Hehehe, okey back my title entry, si puteh melepak! ni la cite sejak aku cuti sem kakak aku bawak balik 3 ekor anak kucing putih utk dijaga dan dibelai.. Katanya ibu kepada anak-anak kucing ni dah mati.. kira anak yatim piatu la kucing-kucing ni..  Comey sangat2.. walaupun ada 3 ekor kesemuanya berwarna putih mesti susah nak cam yang mana satu kan? warna mata saja yang dapat membezakan 3 ekor anak kucing itu.. sekoq matanya berwarna hijau, sekoq lagi matanya berwana biru laut, dan yang last matanya combine 2 warna hijau dan biru laut.. So, dapat la bezakan, tapi xsempat bg nama lg.. mereka ni sangat-sangat dengar cakap, walaupun umur bru sebulan rasanya.. Hehehe.. napa aku cakap mereka ni dgr cakap, sbb bila aku bg makan, mereka makan, bila suh masuk kadang tido, mereka tdo,.. easy rite? senang nak bela macam ni.. kekekke...
 tapi ada cerita yang sangat menyayat hati.. 
Waktu malam semasa mereka bertiga bermain di luar rumah, datang si bapak kucing yang sgt kejam mengigit lalu mematahkan tengkok salah seekor dari mereka.. yang jadi mangsa adalah anak kucing putih yang mempunyai warna mata hijau dan biru.. OMG! yang tuh yang aku syg tuh.. susah nak cari kucing ada 2 warna mata betina.. :' ( kesian sangat-sangat.. cari keliling rumah x jumpa.. keesokkan arinya baru jumpa tapi dah mati.. ada kesan lubang besar kt tengkok akibat digigit.. 
So, tinggal la 2 ekor dah si puteh!
nak jadikan cerita lagi, waktu pagi aku lepaskan anak-anak kucing putih itu untuk bermain-main di luar rumah sementara aku cuci kadang mereka tidak jauh dari situ.. tapi akibat meninggalkan mereka beberapa  minit diluar rumah.. si bapak kejam itu telah menyambar lagi seekor anak kucing putih.. Mangsanya, anak kucing putih mata hijau plak dan jugak betina... Sempat diselamatkan tapi terlambat, kesan gigitan itu terlalu dalam dan mengakibatkan anak kucing itu lumpuh, urat saratnya maybe terputus... anak kucing itu masih hidup dan tp tidak boleh jalan langsung.. kesian sgt-sgt.. hampir seminggu makan minum aku suapkan, bulu dilap tiap ari menggunakan tisu basah..sangat pandai memanggil orang utk beritahu dia mahu makan..meow meow kuat-kuat sepenuh hati smpai orang dengar.. dan akhirnya dia mati akibat kekejangan..dia mengelupur malam itu, aku suapkan dia makan tapi ditolehkan muka arah lain, aku berikan dia air zam zam guna picagari tapi di tolak.. dan digigit tapak tangan aku utk beritahu aku yang dia tengah sakit macam mana dia gigit aku.. kesian sangat-sangat tengok dia  :' (
sekarang tinggl la seekor yang mata biru laut tuh, hope dia besar dengan cerdas.. kesian dia xdak kawan, nak kurung pun x tergamak..


picture last, anak kucing putih yang mata hijau.. keesokkannya dia mati..Comeykan?

P/s : hati-hati dengan bapak kucing k, kalau bela kucing putih terutamanya, sbb bapak kucing sgt2 tidak suka kucing berwarna putih... aku rasa nak tangkap ja bapak kucing tuh g buang jauh-jauh, lagipun bukan kucing aku...itu kucing jiran aku, kucing-kucing aku yang lain sampai x kuar rumah takut dgn dia.. mcm na nak buat ni ?

 love white cat,
 




Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Monday, March 26, 2012

Finally !


Ini belog dah lama, dah jadi pekasam. goreng pun sedap :)



Alhamdulillah, dah habis final exam. Dah bebas dari past year , bebas dari note, bebas dari pen pensil. tapi kejap je la. Next sem ada lagi. Hope sangat-sangat LULUS semua subject. Tuh je. x mintak lebih pun. Amin. lepas ni up part baru. part jadi akak senior. So, kena belagak cket. HAHAHA. xde la. Kena baik baik cket. Kang junior terikut-ikut plak kangg kalau jadi jahat. Doakan saya taw! Okey. Babai :)




Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Tuesday, March 20, 2012

10 petanda dia jodoh kita

Firman Allah SWT, bermaksud “Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu” (Surah Muhammad, ayat 7)
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?
Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :
1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
2. Senang Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima Kita Seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
4. Sentiasa Jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.
5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.
6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?
7. Memahami Diri Kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, “lidah sendiri lagikan tergigit”, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.
8. Tampilkan Kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.
9. Kata Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.


Sumber : iluvislam.com



About him
1) bersahaja = ada kowt, dia bukakan pintu keta utk sy :D
2)Senang bersama = ada, sbb dia langsung xpernah sakitkan ati sy, ada bila susah dan senang :)
3) terima kita seadanya = wlaupun sy ni xcantek mcm gurl lain, tp dia tetap nak jdkn sy future wife die ♥
4)Setiasa jujur = apa yg di buat sume die cite o.O
5)Percaya mempercayai = ikhlas ckp sy percaya die sbb 24jam die text sy. Insyaallah die xcurang..>''<
6)Senang berkerjasama= dlm hal-hal tertentu die dpt tlong..
7)Memahami diri kita = SUMPAH! sgt2 memahami..
8)Tampilkan kelemahan= Az Azeem ckp dia xdak harta benda kecuali kasih syg, hati die spenuhnya utk sy je :)
9)Kata hati= Insyaallah, dgn izin Allah die adalah jodoh sy, Panjangkan dan permudahkanlah jodoh antara kami Ya Allah..
10)Solat Istikarah dan tawakal = solat istikrah xpernah buat lg, sbb mak cakap belajar dlu.. jgn pk nak kawen.. sekarang tawakal je.. :)

#penjelasan yg panjang dan lebar.. hahaha.. :D





                                                                           love,




Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Wednesday, March 14, 2012

SELAWAT TAFRIYIYYAH


 

Selawat Nariyah disebut juga selawat "Tafrijiyyah" yang ertinya terbuka sehingga menjadi lapang. Selawat ini jika diamalkan dapat menghilangkan kesempitan dengan izin Allah. Bagi seseorang yang menginginkan agar kehidupan sehariannya berjalan lancar, jauh dari gangguan dan persaingan sebaiknyalah ia mengamalkan selawat Nariyah dengan membacanya selepas sembahyang fardhu sebanyak yang ia mampu. Bagi orang yang menghadapi kesempitan atau kebuntuan dalam menyelesaikan apa -apa masalah baik dalam bidang perdagangan atau di dalam menghadapi orang yang berniat jahat, maka selawat ini bolehlah dibaca sehingga 4,444 kali.

Kata Imam Addainuri Rahimahullah, siapa-siapa membacanya selawat ini tiap-tiap lepas sembahyang fardhu sebanyak 11 kali yang dijadikan sebagai wirid nescaya tidak putus rezekinya dan ia akan mencapai ke derajat yang tinggi.  

Dan kata Imam Al-Qurtubi pula siapa membaca akan selawat ini tiap-tiap hari sebanyak 41 kali nescaya Allah Ta'ala hilangkan dukacitanya dan diluaskan rezekinya dan dibukakan segala peluang yang berkebajikan dan dikasihi pula oleh orang ramai.

Menurut satu riwayat berkata Syed Muhammad Haki, pengasas wirid khaujakan dia telah mengajarkan selawat ini kepada orang buta selama dua puluh lima tahun. Kemudian seorang perempuan buta telah membaca dengan sempurna sehingga 4,444 kali dalam masa lapan hari; maka dengan izin Allah terbukalah kedua matanya.
 
Fadhilatnya:-
  1. Menurut Imam Ad-Dainuri, barangsiapa membaca selawat ini 11 kali setiap hari setiap selepas sembahyang lima waktu, rezekinya tidak putus-putus dan mendapat kedudukan yang tinggi. 
  2. Menurut Imam Al-Qurtubi, barangsiapa membaca selawat ini 41 kali atau 100 kali, Allah akan menghilangkan segala dukacita dan dimudahkan segala urusan kehidupan.
  3.  Barangsiapa membaca selawat ini 313 kali setiap hari, nescaya akan terbuka beberapa rahsia ghaib. 
  4.  Barangsiapa membaca selawat ini 4,444 kali, akan tercapai segala cita-cita dan hajat di dunia dan akhirat.

SELAMAT BERAMAL
 

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Saturday, March 10, 2012

susah sangat nak JUJUR ke KAWAN



x baik tipu diri sendiri kawan, nanti dunia kamu juga merana ,
lebih baik bersikap JUJUR dengan semua,
PASTINYA, diri kamu bahagia, orang sekeliling kamu jgk tumpang gembira..



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Adila Husna 2013