| ♥ Adila Husna ♥ | bittersweet life: Hati berkecai !

Friday, February 1, 2013

Hati berkecai !


Assalamualaikum,

Walaupun hari semakin sejuk, tapi aku tak sejuk okey. Aku tengah marah, sedih, bahang sampai kedalam badan. Berita sedih yang baru aku dapat dan tak dapat diterima dek akal aku! Seriusly, memang macam mimpi. Aku tak tau aku dapat berita apa. Gila sedih. Macam ni cerita dia, 31 Jan 2013 adalah hari keputusan UiTM keluar. Nak tengok aku dapat continue aku punya study or not. Seram sejuk kot, kalah time nak tengok result final exam. Bila tengok "Harap maklum anda tidak berjaya" ! haaaaaaaaaaaaaaaa! aku rasa macam nak jerit ja kuat-kuat. Macam tak percaya apa yang aku tengok ni weeeey!! Sekarang dah tak dak makna uitm dihati aku lagi. Rasa meluat tahap tinggi tinggi gila dah. Aku nak sambung study lagi, tak mau setakat ni ja. Nak kerja bagus-bagus, nak jugak rasa gaji tinggi-tinggi. Aku bersenggang mata kot, hari-hari p kelas, study hard, aku usaha dengan kudrat aku sendiri, aku usaha sampai aku dapat jgk dekan utk aku letak dalam result final exam aku. Even aku xdapat nak amek ANC sebab time part 1 aku slow lagi. Result final exam aku every sem tak pernah jatuh. Aku jaga CGPA aku. Sebab aku tak nak tengok parent aku kecewa dgn aku. Totally, parents aku yang tanggung aku study. Aku tak amek PTPTN. So, takkan tak kesian kt parents aku. My parent support me 100% dari semua segi. Tapi ini yang aku dapat. Ermm, It's okey. Mungkin bukan rezeki aku kot. Aku terima. Aku pasrah. Tapi menurut kata Puan Rima, Ketua pengambilan pelajar, Untuk intake mac 2013 kami letakkan CGPA 3.22 above utk dapat Quota kemasukan. Tapi CGPA aku lebih dari tuh! kenapa aku tak terpilih. Kenapa aku dikecualikan. Kenapa kawan-kawan aku yang dapat CGPA tinggi dari tuh pun tak dapat juga? Haaaaa! memang unfair. Sakit sangat hati. So, sekarang aku dah xdak plan lain. Aku kena buat rayuan utk aku continue study aku. Kesian kt mak ayah aku. Sementara aku tunggu result tuh, aku nak tambah lagi copy resume aku dan nak hantar semua agensi kerja yang ada. Yang penting aku nak hantar kt putrajaya mcam kawan aku. Kalau dapat kerja aku dah tak risau sgt. Kalau aku tak dapat jugak nak sambung study, Aku tahu Allah dah sediakan yang terbaik utk aku. Aku kena redha dan tabah. Rezeki ada dimana-mana. Kalau pandai usaha, Insyaallah dapat. Mungkin aku ada buat salah jugak, Aku mengaku aku salah, aku lambatkan bayar nazar aku. Aku nazar before aku dapat result final lagi. Kalau aku lulus dan dekan kali terakhir ni, aku nak puasa 2 hari. Tapi aku dah puasa sehari. Yang lagi sehari aku lambatkan sebab period. Pastu aku terlupa. Bila ingat balik, baru aku puasa balik. So, aku yang salah, aku yang lambatkan, mungkin itu sebab Allah lambatkan rezeki utk aku. Mungkin dgn itu Allah nak uji aku. Ya Allah, Ampunilah dosa aku. Kau tunjukkan aku jalan benar, bimbinglah aku Ya Allah ke jalan yang diredhai Mu. Aku percaya Allah ada, Aku yakin Allah akan tolong aku jika aku memerlukan pertolongan dari Nya. Yang penting kena selalu tadah tangan kepada Nya, Selalu buat solah sunat dhuha jadikan ia rutin harian kita. Selawat Dhuha tiap-tiap hari. Insyaallah Allah buka semua pintu-pintu rezeki kita. Walaupun aku dapat berita sedih, tapi Alhamdulillah, business aku yang baru tak sampai seminggu ni memberikan rezeki kat aku. Alhamdulillah, income pun bertambah. Ya Allah, limpahkanlah rezeki kepada hambamu ini lagi. Amin :')

aku pasrah dgn takdir,

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

0 comments:

 
Copyright © . All Right Reserved by Adila Husna 2013