| ♥ Adila Husna ♥ | bittersweet life: Tips-tips
Showing posts with label Tips-tips. Show all posts
Showing posts with label Tips-tips. Show all posts

Tuesday, March 20, 2012

10 petanda dia jodoh kita

Firman Allah SWT, bermaksud “Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu” (Surah Muhammad, ayat 7)
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?
Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :
1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
2. Senang Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima Kita Seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
4. Sentiasa Jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.
5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.
6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?
7. Memahami Diri Kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, “lidah sendiri lagikan tergigit”, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.
8. Tampilkan Kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.
9. Kata Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.


Sumber : iluvislam.com



About him
1) bersahaja = ada kowt, dia bukakan pintu keta utk sy :D
2)Senang bersama = ada, sbb dia langsung xpernah sakitkan ati sy, ada bila susah dan senang :)
3) terima kita seadanya = wlaupun sy ni xcantek mcm gurl lain, tp dia tetap nak jdkn sy future wife die ♥
4)Setiasa jujur = apa yg di buat sume die cite o.O
5)Percaya mempercayai = ikhlas ckp sy percaya die sbb 24jam die text sy. Insyaallah die xcurang..>''<
6)Senang berkerjasama= dlm hal-hal tertentu die dpt tlong..
7)Memahami diri kita = SUMPAH! sgt2 memahami..
8)Tampilkan kelemahan= Az Azeem ckp dia xdak harta benda kecuali kasih syg, hati die spenuhnya utk sy je :)
9)Kata hati= Insyaallah, dgn izin Allah die adalah jodoh sy, Panjangkan dan permudahkanlah jodoh antara kami Ya Allah..
10)Solat Istikarah dan tawakal = solat istikrah xpernah buat lg, sbb mak cakap belajar dlu.. jgn pk nak kawen.. sekarang tawakal je.. :)

#penjelasan yg panjang dan lebar.. hahaha.. :D





                                                                           love,




Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Thursday, March 1, 2012

period pain! Oh, No~





  Kalau perempuan memang normal la kalau kena period pain tiap-tiap bulan termasuk aku. Huh! Sakit sampai guling-guling sampai nak jalan pun rasa berat je.. tapi depend setiap perempuan jugak, kadang-kadang ada yang kena teruk, kadang-kadang ada yang x rasa langsung...Jangka waktu sakit juga xsama, ada yang sakit sehari, ada pula yang sakit tiap hari sepanjang period.. Tapi mak aku pesan kalau dah tak tahan sangat boleh la makan, Panadol, Aspirin, Ponstan, Synflex ataupun pegi jumpa doktor, Jangan lupa makan banyak sayur-sayuran dan bijirin, kalau duduk di hostel tuh, try makan Nesvita or oat.. Jauhkan makanan pedas dan berempah.. Okey! sharing is caring  :)








Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Friday, February 24, 2012

SAFI BALQIS PERFECT 10


Haaaaaaaa... tengokkan tajuk entry kali ni! Saja nak share some infomation pasal  SAFI BALQIS perfect 10 ni.. product ni sangat-sangat bagus sebab aku pun pakai.. dulu pernah cuba pakai macam-macam product yang ada kt dunia pasaran.. tapi hampes ja! xde kesan langsung.. bukan xde kesan.. ade la tapi cket ja tapi xberpuas hati langsung.. kulit muka jd pedih, sakit, kulit nipis sampai x boleh langsung kena matahari, cepat sunburn.. Tuh la bahana kalau pakai product muka yang xsesuai. dulu aku pernah pakai some product ni, product ni pon memang popular, kalau bagi taw mmg semua mesti kenal lah... basic krim dia saja RM45.. boley tahan 2 minggu ja sebab bekas dia seciput ja.. so, kena bajet RM90 sebulan utk krim dia saja tuh x termasuk lagi facial foam, tones, day cream, night cream, mau kapak duit poket aku! kesan, kulit jadi merah-merah bawah hidung, sakit kowt.. pedih mcm xde kulit taw x. nak hilang jeragat la konon, last hilang terus kulit-kulit.. . lepas tuh, terus x pakai dah... last-last, ikut kakak aku pakai safi balqis perfect 10 ni..tengok dia pakai okey ja. dah dekat setahun dah aku pakai product ni.. xde masalah langsung! Alhamdulillah.. halal pun halal.. bagi sesetengah orang product yang aku pakai ni murah, tapi bagi aku better beli yang murah dan senang nak dapat dari beli yang mahal susah plak nak dapat, pastu xde hasil.. safi balqis perfect 10 ni kat mana-mana kedai pun ada.. Murah pun Murah.. jimat bajet aku tiap bulan.. lagipun product ni tahan.. lambat nak habes.. kalau facial wash yang besar tuh, sebulan lebih baru abes...jimatkan...

Memahami kehendak wanita kini, SAFI BALQIS hadir dengan formulasi Perfect 10 dengan 10 manfaat untuk kulit halus, mulus dan cerah sempurna dalam masa 2 minggu! antara kebaikkannya adalah :
  1. Memudarkan pigmentasi
  2. Menyamaratakan tona kulit
  3. Melindungi dari sinar UV 
  4. Mencerahkan kulit
  5. Melindungi dari radikal bebas
  6. Meningkatkan keelastikan kulit
  7. Menghidratkan kulit
  8. Melembabkan kulit..kulit sentiasa kelihatan lembab tidak akan kelihatan kering
  9. Menghaluskan kulit..kesan nyata jerawat maupun jeragat 
  10. Melembutkan kulit dari kesan kekusaman. 

kalau nak pakai 1 set macam aku pakai better beli:

  1. Pembersih Muka SAFI BALQIS Perfect 10 (50 g – RM6.50 / 100 g – RM10.50)
  2. Skrub Aprikot SAFI BALQIS Perfect 10 (100 g – RM11.40)
  3. Penyegar SAFI BALQIS Perfect 10 (100 ml – RM8.20)
  4. Serum SAFI BALQIS Perfect 10 (20 ml – RM24.90) PALING SUKA!!
  5. Krim Pelembap Siang SPF 15 SAFI BALQIS Perfect 10 (45 g – RM18.50)
  6. Krim Pelembap Malam SAFI BALQIS Perfect 10 (45 g – RM18.50)
  7. Krim Kontur Mata SAFI BALQIS Perfect 10 (15 g – RM12.90)
  8. Krim Kecantikan SAFI BALQIS Perfect 10 (16 g – RM7.90)
TOTAL : RM112.80 ! MURAHKAN, lagi pun boleh pakai lebih dari sebulan taw..





pencinta Safi Balqis Perfect 10,


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Wednesday, January 25, 2012

DUIT macam dikikis-kikis

yang bertanda bulat itu putusnya, sikit ja tapi tetap xmo connect :(

Pagi yang tidak indah walaupun diluar sana matahari indah bak suria pagi.. Ini disebabkan nak layan movie lam external, tapi external x connect. maw nak meroyan aku dibuatnya.. nak cakap ada virus, bila scan virus result no virus detected.. nak cakap external aku rosak, jatuh pun x pernah, siap bercover tebal bagai.. Macam na ni, segala-galanya dalam tuh.. Geledah sana, Geledah sini, baru la jumpa masalahnya, Kabel external nak putus.. Waaaaaaaaa, nak kena cari dan duit lagi.. Fikir punya fikir baru la aku ingat mesti keja caca dgn duku la ni..  sebab aku tengok dia men kabel tuh atas katil aku semalam.. xsangka lah boleh putus macam ni.. tengok kecik lg, kuat btol gigi depa..

ni la musuhnye, caca n duku.. comey kan tapi nakal sangat-sangat

Okey, dah ganti kepada kabel yang baru ! lebih flexible.. ngeee~


orang yang kena bajet,

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Sunday, December 25, 2011

dua minggu lebih saya DEMAM


First time demam lebih dari 2 minggu.. Amek ubat habis , tapi demam x kebah kebah jgk..takot la jugak denggi kang.. xpasal-pasal kena tahan lak..tapi kalau demam besa-besa ni memang selalu sgt dah..tiap kali sem baru kt seri iskandar ni.. mesti dapat jugak demam.. Demam bawak la geng batuk + selsema.. mmg stress la *___* tambah la kalau sakit kepala joint sekali.. pegi kelas pun macam nak xmaw ja.. demam yang meleret-leret ni kadang-kadang naik geram jgk.. malam demam makan ubt.. pagi dah sihat.. mai malam demam balik.. hidung yang kembang pun xley nak nafas dgn sempurna.. mmg sangat-sangat terseksa... bila ubat semua dah abes, pegi la amek ubat kt unit kesihatan.. tup tup last-last kena amek darah satu tiub kot.. doctor nak wat analisis... nasib baik doc ckp demam besa ja.. dia suh minum air bnyak-banyak... !! Okey Doc nsem :P
*tapi yang sebetulnya, aku yg tersilap minum air kt water cooler tuh... pastu terus sakit tekak.. lama-lama demam trus...hahahaha... salah diri sendri jgk.. okey ! lepas ni janji x mo dah air water cooler... xbaik utk kesihatan.. 



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Saturday, December 17, 2011

Nama saya caca


Hai kawan-kawan.. nama manja saya caca..
nama panjang saya caca marba..
sebab apa nama saya caca marba... sebab warna saya campur-campur..
tiap-tiap ari saya akan tido di bilik kak dila.
sebab kak dila selalu tinggal bilik dia...
saya suka bilik kak dila..
sbb bila duk dalam bilik kak dila..
mcm-mcm benda boley saya buat..
termasuk lah mensepah sepahkan bilik kak dila..
yess.. saya sangat suka..
okey.. babai.. 

^____^


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Adila Husna 2013