| ♥ Adila Husna ♥ | bittersweet life: Love
Showing posts with label Love. Show all posts
Showing posts with label Love. Show all posts

Wednesday, July 25, 2012

Selamat hari lahir sayang :D


 Allah selamatkan kamu, 
Allah selamatkan kamu,
Allah selamatkan Mohd hazim rameli,
Allah selamatkan kamu. 


Hari ni hari jadi encik buah hati. Semoga awak dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki yang melimpah ruah, lebih berjaya dalam carier awak, menjadi insan yang patut kepada kedua orang tua awak, semoga Allah rahmati hidup awak dunia akhirat. dan semoga dipercepatkan dan dipermudakan jodoh kita. amin. : D
Tak dak kek untuk buah hati. Sedih sangat sebab tak dan lagi nak buat kek untuk dia. Dia dah request nak kek aiskrim tapi saya belum pandai nak buat kek itu. nanti kena try jgk buat untuk dia. I can do it. hehe. Tapi sempat la belikan dia hadiah. 

Dear abgg,
Even hadiah ni tak mahal.  Hope abg suka dgn pemberian sayang yang tak seberapa ni.. Yang ni je mampu sayang carikan utk abg semperna besday abg. Harap abg suka memakainya. Sayang dah tak taw nak belikan abg apa. Sebab susah benau nak cari barang lelaki ni. Yang ni yang sayang jumpa. dan terus sayang amek dan beli. Disebabkan abg suka kan kotak warna merah. Sayang dah tukarkan kotak dia jadi kaler merah. Haha. Romantik la cketkan. haha. Okey. I love U so muccccccchhhh.!

 Sebenarnya kotak ni cik buah hati yang snap, sbb before aku bagi hadiah ni kat dia. aku terlupa nak snap pic. So, aku suh dia snap balik. sbb nak letak dalam blog. tuh pasal riben suma dah xdak dah la. encik buah hati cakap dia x pandai nak ikat dah. Terpaksa tangkap gmbaq kotak ni togel. HAHA. :D

Ni hadiah utk encik buah hati. :D



Buah hatimu,

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Thursday, May 31, 2012

Jarak itu menjaga kami



Assalamualaikum, salam sayang kepada semua. ^__^

Hari ini mood aku slow slow ja. Rasa happy dgn rasa nak marah 50-50 ja. Dok stabil tak dak yang lebih dan tak dak yang kurang. Rindu kt encik buah hati sgt-sgt. Memang orang cakap lebih elok bercinta after kahwin lagi best. Tapi kalau Tuhan nak bagi kita jumpa orang yang kita boleh rasa sayang kat dia awal before kita kahwin dgn dia mcm mana. Kena terima ja la kan. Jodoh semua ditangan Tuhan. Kita tak boleh nak buang perasaan yang bukan kita cipta sendiri ni. So, kita kena jaga dari mula.

cincin aku dan dia. Hadiah dari dia. :)

Aku mengaku aku bukan orang yang alim. Tapi aku jaga batas-batas pergaulan aku. Aku jaga nama baik keluarga aku. Aku pun bercinta dengan orang berlainan jantina dgn aku. Tapi kami bercinta tak macam orang lain bercinta. Kami sendiri elak utk selalu berjumpa. Kami elak bukan apa. Untuk jaga hubungan kami ni. Untuk menjaga kami dari melakukan perkara yang dilarang oleh Islam. Tambah-tambah lagi sekarang dia di kedah, Aku study di Seri Iskandar. Memang nak jumpa tuh agak la susah. Kadang-kadang 4bulan sekali baru kami jumpa. Tu pun kalau la jumpa. Sifat percaya memang kena ada dan patut ada. Memang kena percaya antara satu sama lain. Totally, aku memang percayakan dia. Sebab apa aku percaya sebab tiap kali aku cakap dia tipu. Terus dia suruh aku cakap dgn ahli keluarga dia. So, mmg aku letak kepercayaan kt dia 100%. Aku tahu dia macam mana. Aku tahu dia tak macam lelaki lain yang aku kenal. Dia seorang yang sgt rendah diri. Dia tak dak ego macam lelaki lain. Kadang-kadang aku ja suka ego xnak beralah langsung. Tapi dia, setia ja dgn aku. Aku sayang dia! So, jarak antara kami ni membuatkan kuat lagi sayang antara kami. Rindu kami kuat. Bila duduk jauh ni, tiap-tiap hari nak msg, tiap-tiap hari nak call. Kuat sangat aura dia. benda yang menjadi rutin harian after bgn tido dia call aku, before tidur call lagi. Memang kami tak pernah putus untuk tanya khabar. Orang cakap benda kecik pun nak bercerita dalam msg ke? Iye, kami story each other. Kalau tak buat macam tuh, lama-lama hubungan tuh jadi sunyi, jadi  kosong. Tuh penting nya kita share story even benda tuh kecik mcm mana pun. Kita buat dia jadi senyum kita. Itu la sebenarnya kebahagiaan. Walaupun dah lama  kami kenal. Tapi rasa mcam semlam ja kenal dia. Ntah, dia selalu ja cakap "dulu jual mahal, nak nombor tepon pun tak bagi". Rasa mcm semalam ja dia mintak nombor fon itu. dia siap tanya adik lagi. hehe. Rindunya kat diaa!

Actually, jarak itu bukan benda yang menghukum kita. But, jarak itu ada nak menjaga aku dan dia. Dengan jarak ini jugak aku berjanji utk berubah menjadi lebih baik dan memperbaiki cinta kepada illahi.  Terima kasih Ya Allah kerana memberikan aku peluang kepadaku melalui jalan-mu ini. Alhamdulillah :D 




Terima kasih kerana memberikan JARAK itu kepada aku dan dia.


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Tuesday, March 20, 2012

10 petanda dia jodoh kita

Firman Allah SWT, bermaksud “Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu” (Surah Muhammad, ayat 7)
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?
Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :
1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
2. Senang Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima Kita Seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
4. Sentiasa Jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.
5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.
6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?
7. Memahami Diri Kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, “lidah sendiri lagikan tergigit”, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.
8. Tampilkan Kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.
9. Kata Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.


Sumber : iluvislam.com



About him
1) bersahaja = ada kowt, dia bukakan pintu keta utk sy :D
2)Senang bersama = ada, sbb dia langsung xpernah sakitkan ati sy, ada bila susah dan senang :)
3) terima kita seadanya = wlaupun sy ni xcantek mcm gurl lain, tp dia tetap nak jdkn sy future wife die ♥
4)Setiasa jujur = apa yg di buat sume die cite o.O
5)Percaya mempercayai = ikhlas ckp sy percaya die sbb 24jam die text sy. Insyaallah die xcurang..>''<
6)Senang berkerjasama= dlm hal-hal tertentu die dpt tlong..
7)Memahami diri kita = SUMPAH! sgt2 memahami..
8)Tampilkan kelemahan= Az Azeem ckp dia xdak harta benda kecuali kasih syg, hati die spenuhnya utk sy je :)
9)Kata hati= Insyaallah, dgn izin Allah die adalah jodoh sy, Panjangkan dan permudahkanlah jodoh antara kami Ya Allah..
10)Solat Istikarah dan tawakal = solat istikrah xpernah buat lg, sbb mak cakap belajar dlu.. jgn pk nak kawen.. sekarang tawakal je.. :)

#penjelasan yg panjang dan lebar.. hahaha.. :D





                                                                           love,




Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Thursday, March 8, 2012

i love u a lot lalink!




  ...when i saw you, i was scared to talk to you, when i first talked to you, i was scared to miss to you, when i first miss to you, i was scared to love you, now that i love you, i'm scared to lose you...





Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Sunday, February 19, 2012

Seharuslah RINDU


HELLO ! sapa kata menjalani cinta PJJ ni senang.. So, bila dah duk jauh, sure la rindukan kalau x rindu tuh bukan namanya cinta.. Waaaaa... Ayat pujangga gila... hehehe.. first nak terima kasih kt facebook coz bg webcam free kt aku mcm ni.. selalu guna webcam Skype dgn YM.. tapi saja ja p gatai-gatai tangan download webcam utk Facebook.. tapi xdak la beza jauh sangat pun.. sama ja suma webcam tetap slow ikut line kta.. tapi dapat ubat rindu kt buah hati pun jadi lah semperna 6 bulan bersama mengikat perjanjian utk terus bersama.. :D

Layan gambar budak excited ni k !
 tengok ni, first time webcam guna webcam FB ja.. excited nampak bang! kekeke..dah dah la senyum tuh.. lepas ni wat muka comel lak taw..

Kadang-kadang tgk muka buah hati aku ni mcm Alif Satar pun ada.. HAHAHA.. xpalah, Alif Satar pun Alif satar lah, dia tetap bg aku bahagia.. 


MOHD HAZIM : 6 bulan dah kita bersama!
i love u so much..


 Aku gedix,



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Monday, February 6, 2012

poyi makan nasi minyak orang

 
Tahniah wahai pengantin..
 actually, ni kawen kawan buah hati aku, aku pun p jgk sbb nak makan nasi minyak la.. tahniah Wan paQ coz dah kawen. semoga jodoh berpanjangan dan hidup bahagia sampai akhir zaman.. Yang dua tepi tuh xmau kawen lagi k. tunggu la dua tiga empat taun lagi.. ada rezeki kami kawen la. (gatai betoi) hehehe..


 yang benar,

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Saturday, February 4, 2012

saya denda boyfriend kesayangan saya

saya kan, saya kan, saya kan, alah susah plak nak cakap, saya kan jatuhkan denda kepada pesalah, eh, silap kepada kekasih hati saya.. Haaaa, kuar pun.. nak tahu sebabnya, sebab dia curang, ada gurl lain, dia tipu sebab dia wat saya merajuk.. Kikiki, comelkan saya merajuk sampai ada denda segala bagai.. Actually ni bukan denda, ni pujukan nama nya.. saya cakap kat dia nak aiskrim pop je, sundae chocolate 2 taw plus chocolate tuh kasi lebih cket.. pastu, dia cakap xpe, nanti dia belikan, haaaa? belikan je ingat nak ajak g McD sekali. Owh, ni mesti xnak bagi saya order lebih-lebih kan? okey fine..! pastu dia kol, jawab dalam nada marah, hehehe.. xmarah pun sebenarnya saja nak usik-usik dia bagi dia takut dgn singa ni.. Pastu, dia cakap  "ni b kuar dengan adik taw?". adik? sapa adik itu? OMG! adik angkat? adik tiri? ke adik comel? memang sah nak kena ni.. dah la xnak ajak g McD, kempunan tahap kebuluran dah ni nak makan McD.. pastu keluar plak dgn adik.. dah sengseng lengan baju dah ni, nak boxing dia.. tapi dia cakap nak keluar dengan adik nuat la.. Owh, xjadi marah sbb adik nuat tuh adik aku.. Huahuahua... bila depa plan nak kuar sama-sama pun xtaw.. tiba-tiba ja kuar sama-sama siap g oldtown bagai.. Aku? duk rumah..OPS! melalut plak, nak tahu hadiah tu aku dpt ke x? Aku dapat jugak la hadiah anugerah merajuk tuh, tapi bukan sundae mcd k.. aku dapat Wall's Double Selections.. delivery terus sampai rumah aku oleh kekasih penyayang aku tuh.. So, apa lagi kami makan sama-sama ala-ala romantik gitu... Aaaakkhsss.. Ada kelas kaw!
ni hadiahnya, mesti tertanya-tanya why ada 3 cawan? sebab adik aku pun join sekali.. hehehe.. Sweet kan kekasih saya, pandai pujuk kan beliau,saya xmerajuk sangat pun tapi beliau sampai ke rumah dipujuknya.. lepas ni nak merajuk lagi lah, nanti dapat apa yang nak.. wwweeeeeeeeeeeeeeeee bahagianya saya sekarang ( :



saya rasa bahagia,

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Monday, January 30, 2012

adakah anda seperti saya?


Live , Laugh , Love


 Lihat aktiviti saya bila waktu syaitan menguasai sewaktu menuntut ilmu, 
so, jom terjah ye...


PERKARA 1

 bila bosan apa-apa pun jadi kerjakan, snap picture pencil box.. cari titik focus untuk dapatkan hasil yang terbaik dari ladang.. yang lecturer duk cakap kat depan xmo nak focus.. Apadaaa... Ops, Focus la kat pendrive tuh yeeeee, nama boyfriend i taw.. Actually mmg pendrive dia pun. dia yang bagi aku.. 8GB taw, muat la letak 10 movie baru.. saya suka ( :

 PERKARA 2

 Kalau dapat handout dari lecturer.. Selagi x penuh kertas tuh dengan tulisan x sahkan.. Mesti nak conteng jugak kan? Lagi-lagi time nak hafal. Tulis macam-macam formula A-Z complete.. tapi dalam kelas time mengantok tahap gaban, mesti amek pensel tekan bukan tulis dah, tapi lukis.. Biar muka masam mencuka, tapi kalau lukis mesti ada manisnya, macam saya lukis.. hehehe :)

PERKARA 3

 Makan gula-gula atau coklat. Kalau waktu pagi paling baik makan kuih karipap dan paling jahat makan nasi lemak (aku xbuat lagi k).. Tapi kalau betol-betol mengantok mesti cari my favorite sweet-sweet m&m. Kena 1 pasti nak lagi.. yang ni wajib ada dalam beg kuliah..

PERKARA 4

 
Haaaaaaaaaaaaaaa....... Ni adalah aktiviti sampingan or aktiviti time dapat cincin baru.. belek sana belek sini.. cari kt mana kedutan kt tangan.. pastu dah puas, focus balik kt lecturer.. :)

PERKARA 5

Amek handphone buka camera, pastu cuit cuit kawan dan cakap jom bergambar. pastu wat peace or senyum tunjuk gigi yang comel tuh.. Tapi awas, anda perlu duduk ditempat yang strategik example, duduk meja belakang sekali. kalau anda dapat duduk belakang mesti anda macam saya kan? masuk kelas lambat, tapi saya tak dak la sampai lambat sangat, cuma classmate saya yang selalu datang awal. So, tempat saya mesti belakang, nak duduk depan kena datang awal. Okey!

 PERKARA 6        

Yang ni saya tak buat k. Bukan tak pernah. buat jugak tapi time lecturer cakap "kamu wat keja sendri" baru la berani nak ber"Facebook" ni.. saya pun baik jugak taw.. nakai tuh kena ada jgk..hehehe.. Tapi kalau SMS tuh ada la jgk sikit-sikit. :P

p/s: Jangan ikut aktiviti saya taw, focus study okey kawan-kawan. Peace no war

student yang nakai,

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Saturday, January 21, 2012

Mintak restu ayah mak dulu taw


bercinta dengan izin Allah, Insyaallah jodoh kita panjang..
Yang penting restu ibubapa kita itu perlu :)

 dirindui mestilah disayangi , disayangi mestilah dicintai ♥
dicintai mestilah dikasihi , dikasihi mestilah direstui, ♥
direstui mestilah diberkati , diberkati akan dirahmati ♥
dirahmati akan diredhai ♥ ♥


i u

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Friday, January 20, 2012

saya kuat jugak okey!

Assalamualaikum, saya adila husna yahya. saya seorang gurl yang nampak luaran kuat, tp hati dalaman saya sangat lemah.. kalau selalu nampak saya senyum bukan bererti saya tidak pernah mengalirkan air mata.. saya pun seperti gurl-gurl lain jugak, hati mudah tersentuh. tapi dalam bab-bab tertentu saya kuat. bagi setengah orang bila bercouple pastu break mesti susah bagi mereka utk berbaik-baikkan.. tapi bagi saya yang telah bangkit dari kesedihan, saya akui saya kuat sebab saya boleh jadikan ex-boyfriend saya sebagai kawan saya.. saya boleh accept request dia dalam facebook.. walaupun ada sedikit benci, tapi kita perlu berfikiran matang dalam kehidupan kita.. tak perlu membenci orang terlalu lama.. memang kalau nak diikutkan kita yang menanggung segala kesedihan.. tapi up to u'all kalau hati tak tabah, elakkan dari berjumpa okey, takut luka lama berdarah kembali.. Terima kasih kepada kekasih baru saya, kerana awak, saya boleh lupakan segalanya tentang kisah "dia" dari ingatan saya. I love u so much..


Sometimes I wish life had a fast-forward button to remove all my old problems..





 love,
 

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Monday, January 16, 2012

Thanx for 5 month sayang.. ILYSM



K.a.mi dengan CINTA




Bagi sesetengah orang anniversary mesti sambut tiap-tiap taun ja kan..Tapi bagi adila & hazim.. kami sambut anniversary tiap-tiap bulan.. OVER gile..Bukan apa pun sambut nya.. besa-besa ja.. juz nak peringatkan kami berdua pasal tarikh tuh n segala kelemahan or kekurangan selama berstatus "in love" dapat la diperbaiki.. (waa ayat).. Tapi Alhamdulillah, setakat 5 bulan memegang status tersebut.. kami xdak masalah langsung..gaduh pun kami x pernah.. en. buah hati sangat-sangat mature orang nya.. senang dibawa berbincang dan dia bukan panas baran.. pandai amek hati saya dan dia sangat sweet orangnya.. :)) untungkan saya... saya sangat-sangat berharap Allah dapat panjangkan jodoh kami.. Syukur sangat-sangat Allah jumpakan saya dengan dia.. kadang-kadang saya pernah terpikir tentang satu ayat ni " Allah akan jumpakan kita dengan orang yang salah , sebelum kita orang yang betol".. percayalah dengan ini semua.. semua yang terjadi ada hikmahnya.. Allah tahu apa yang terbaik buat kita.. :))

" Sekali kita berpisah dengan seseorang , itu bermakna setapak kita menghampiri jodoh yang ditentukan oleh yang maha ESA "


To My BUAH HATI PENGARANG JANTUNG :

1) terima kasih banyak-banyak coz sangat menghargai sy dlm hidup awak..
2) awak sangat-sangat memahami saya
3) awak hadir dalam hidup saya ketika saya dlm kesedihan.
4) awak penyeri hidup saya.. yuhuu :)
5) awak bahagiakan saya , awak sgt SWEET :))
6) awak pengganti yang terbaik yang saya jumpa
7) awak sangat hormat family saya
8) awak nak tahu , kita serasi la.. sbb awak pun anak second last mcm saya..kita faham apa yg kita nak..^___^
9) awak, maafkan saya kalau saya ada wat salah dengan awak.. saya sayang awak..
10) awak... bila kita nak kawen?


love,
anje sayang b sgt-sgt la



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Wednesday, December 21, 2011

Ya Allah aku perlukan Mu

 
Ya Allah, jangan biarkan masa depan aku ditentukan oleh diriku sendiri..
Sesungguhnya Engkau mengetahui apa yang terbaik buat diriku..
Engkaulah sebaik baik sandaran dan engkaulah sebaik baik penolong..
 
 

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Sunday, December 18, 2011

saya xpernah BERSEORANGAN

 
 " Dalam dunia ni saya xpernah anggap saya tidak mempunyai siapa siapa kerana saya mempunyai diri saya sendiri , SEBUAH keluarga yang sangat bahagia , SEORANG buah hati yang sangat penyanyang , dan ramai KAWAN-KAWAN yang sangat ambil berat pasal saya"
 
i ♥ mereka sgt sgt!
 
LOVE, 
DEYLA.YAHYA
 

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Friday, December 2, 2011

^_____^ jangan risau.. Dia milik aku..

 ^_______________^
(senyum xperlu kata apa apa)
Kalau cita pasal playboy mesti suma gurl-gurl kat luar sana akan takut kan? sure rasa xsedap hati kalau dapat taw bf dia playboy.. mesti nak pikir mcm-macam pasal bf kta dia.. tambah-tambah lak kalau ada sumber-sumber sekeliling mcm cik jemah or cik bedah datang kecok-kecok kt tepi telinga kta "hey jenab, awat yg p kapel dgn mamat tuh, dia tuh playboy kot dlu".. terus merah telinga kan? hehe.. Tapi bagi aku la kan.. kalau orang cakap bf aku playboy.. memang la x sedap hati kan.. tapi tuh dia dulu-dulu.. time separa matang lagi.. mcm gurl-gurl la jgk.. first bercinta-cintun dlu kan semua nak kan.. xkesah la mamat remeo ka, ketua pengawas ka.. ketua library ka.. suma nak amek jd marka.. mcm tuh la jgk laki pun.. tapi, macam mana playboy and playgirl pun seorang itu.. percaya lah.. cinta hati dia akan jumpa SEORANG sahaja... SEORANG yang betol-betol boleh faham dia.. boleh sekepala... boleh segala-galanya bagi dia.. dan dia sanggup wat apa saja demi orang yg dia sayang...  Okey ! Sekarang jangan stress k kalau bf anda yang dulu playboy.. sbb "kita lebih kenal siapa sayang kita".. abaikan cakap-cakap keliling kita yg menyakitkan hati itu...
" macam mana playboy pun seseorang lelaki tu , 
cinta dan kasih dia hanya pada satu hati sahaja" :))

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Thursday, November 17, 2011

KuaQ shopping wif En. Teeeeeeettt

 
Salam semua..
actually, lg bpa hari ja kan nak balik uitm.. malas lor nak balik sana.. bosan kowt
sebelum balik sana mesti la nak jumpa buah hati dulu kan..
so, ajak la dia p shopping (ayat je ni, actually nak p dating ) muhaahaha...
bertolak petang cket.. plan mmg nak g cari barang-barang cket bfore balik uitm..
en. buah hati cakap on ja.. lgpun dia free..
nak cari barang cket.. tp tup tup jusco perda juga smpai..
smpai ja kt Jusco perda, encik buah hati tanya.. 
"nak tgk wayang x syg" okey! jom.. laju ja ckp..
tgk-tgk cita "aku bukan tomboy" lg 10 minit lg nak start..
apa lg.. trus beli tiket nk tgk.. xplan pun nak p tgk wayang...
tp best bak hang cite ni.. 
xpuas tgk rasa.. nak tgk second time lah nti.. download lah nti..
 

seperti besa, lepas tgk wayang ja mesti lapo.. apa g nak p mam pizza hut.. tp suma tmpat full..
so, mcd lg ! sbb en buah hati cakap mcd ad wifi laju..so, trus cari mcd...
ari ni aku jd buah hati mithali..so, aku yang p beli mcd utk encik buah hati.. 
selalu en buah hati yang beli.. than, aku suh en. buah hati duduk diam2 kt meja.. 
jgn nakai nakai..muhahaha...

bila selesai order dgn senang hati aku bawak la mcd lam talam tuh p dekat en buah hati yg tgh tggu..
sweet ja rasa... gatai nya! tiba-tiba lg sweet la en buah hati ni dr buah hati dia.. en buah hati aku bg gantung-gantung ni kt aku..tgk la kt bawah.. aku pun xtaw bila dia beli.. tiba-tiba ad kt atas meja.. sepasang lak tuh.. gurl n boy.. en buah hati bagi kt aku yg boy.. sbb dia ckp boy tuh umpama dia.. so, kena jga leklok.. yg gurl dia jga.. hehehe...Untung la dpt buah hati cam ni.. :)) senyum sampai telinga..


tp kan ni yang dia selalu buat time sampai kt mcd.. :((
download lagu utk fon dia..
itu la en buah hati sy..
walaupun mcm tuh.. sy tetap syg dia..
sbb dia pun syg sy.. hahahaha~




 

 walaupun dia orang biasa , tapi dia sentiasa buat saya senyum bahagia..

~ILOVEHAZIMSOMUCH~


Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Wednesday, November 9, 2011

Alamak Toyol :))


Assalamualaikum sume..
Sapa yang dah tgk cita alamak toyol ni??
Tolol kan cita ni.. hahaha..
saya bagi 4 bintang dari 5 bintang..
Ni sebab en buah hati la yang nak tgk sgt cita ni..
so, dia ajak la aku p tgk..
janji kul 11 pagi tp 1:30 bru p..
hehe, ye la.. saya kan nak masak sume dulu..
baru boleh kuar... so, kuar la tgk wayang dgn dia.. 
lagi 15 minit nak masuk panggung bru nak beli tiket...

abes tgk wayang pastu lapaQ.. mcm besa tuju McD perda..
untuk kenyangkan pewot yang lapo..
Mcm besa kalau duk McD en. buah hati selalu guna wifi mcd utk on9..
so, ini la dia tiap kali sampai mcd..
xmao bawak dah r len kali.. :((
#sapa yang bawak sapa ni!


saya windu dia sgt..


si perindu :'(



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Monday, October 31, 2011

I love MOHD HAZIM

 
" Bukan mudah memiliki sesuatu dalam hidup , selagi ia masih berada dalam genggaman , hargai dan sayangilah ia dengan seikhlasnya , kerana penyesalan sudah tidak beerti lagi apabila kita telah kehilangannya"

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Saturday, October 29, 2011

Real Steel ! Bufday girl la kata kan..


Petang jummat 29 / 10 /2011, outing bersama my siblings.. Bufday girl la katakan.. semua org belanja.
Dapat la mam pizza hut ni.. tp still cakap "kalau ada mak ayah kan best".
Kami lepak kt Jusco perda ye pun.. sementara nak tggu masuk panggung pukui 9:30 mlm tgk Real Steel.. hehehe..

Pizza hut at Jusco Perda
Best giler cite ni.. Rugi sapa yg tak tgk lagi.. nak robot mcm ni jgk boley?



Dalam cite ni , aku suka watak anak dia dari ayah dia.. sebab ayah dia tuh suka xfikir panjang.. pakai buat ja ikut suka hati dia.. sedih gak tengok cita ni.. tapi syok ! robot tuh pandai menari.. hehehe :) nti nak jgk la wat robot cam ni.. pastu nak ajaq dia loghat kedah.. mesti sempoi kan?

Okey ! sekian..

thanx for my siblings

deyla. yahya

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Monday, October 24, 2011

Today is my birthday




Today 24 Oktober is my birthday. Happy birthday Adila Husna Yahya ! happy birthday to me.. yeyeh~. Today is  my special day for me. but i'm very sad :((
Bcoz my parents tiada disisiku ketika ini.. Ari ni juga mereka berangkat dari Kelana Jaya to Mecca. I miss my parents so much.. Mereka x sempat nak wish happy bufday for me.. Maybe mereka sibuk dengan perjalanan mereka ke sana.. apa-apa pun sebagai anak, aku hanya berdoa supaya mereka selamat dalam perjalan mereka.. Aku xmintak apa-apa pun selain memohon mereka selamat dan diberi kesihatan yang sempurna untuk megerjakan haji.. Amin..

thanx so much to my siblings for dinner with me.. walaupun xde birthday cake yg ade tulis "happy birthday to you".. Ada chicken chop dengan cappuccino ni pun dah okey dah.  mahal lagi dari sebijik kek taw.. kuang kuang kuang.. Xkisah kan belanja adik sorang yang comel ni kan?.  bufday girl la kata kan :)) hehehe.. Suka sangat ~

Orang pertama saya dapat wish dari beliau :))
Mestila Encik Buah hati saya! Hehehehe :))
Actually, malam tuh aku mmg teramat mengantok n dah banyak kali dah terlelap.. tp tangan still pegang fon sbb tgh berbalas msg dengan Encik Buah hati.. hehehe.. Tp akhirnya, terlelap jgk mata ni kul 11 lebih macam tuh la.. pastu, encik buah hati call sbb aku  xreply msg dia.. So, bangun la dengan mamai-mamai jawab kol dia..dia cakap "jap jap jgn tido lg.. kejap jew".. okey b! aku jawab cm tuh je.. pastu reply la text dia balik.. lagi 5 minit nak jam 12:00 tepat.. dia text "happy birthday syg , i love u so much, *********.. last sekali b nak wish awal sebab nti tkut syg pengsan lg sekali.. hehe.. pastu dia kol "wish lg" pastu lam fb pun dia wish lg.. banyaknya b wish.. Actually , My birthday dan tarikh birthday mak en. buah hati jatuh pada tarikh yg sama.. so, dia kena wish dua org seretak..  apa-apa pun thanx ye b.. pasal hadiah , encik buah hati cakap kena tunggu ye syg ! jeng jeng jeng.. apa agaknya dia nak bagi ea??   :))

Orang seterusnya ialah My best friends contact in personal number, Noradibah bt Mokri , Wan Mastura Bt. Mazlan, Norasikin bt. Moktar, Siti Khadijah and 136 wishing on facebook.. Masa birthday ni lah kita dapat tahu siapa yang betol-betol amek berat pasal kita kan.. Orang-orang xdisangka yang ingat birthday kita , yang tuh lah yang wish special kat kta kan.. Saya sangat-sangat appreciated kepada mereka.. Sayang mereka sangat-sangat..  :))
Thanx sangat-sangat :))

Menghargai kawan-kawan saya,

Deyla yahya

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

Tuesday, August 16, 2011

TUHAN KIRIMKAN DIA UNTUK AKU

i

love

MOHD HAZIM BIN RAMELI


Entry kali ni khas nak cerita tentang cinta hati aku, Hazim Rameli.. Dia dah berjaya tackle hati aku dengan sepenuhnya.. Tahniah b.. Tarikh 16 Ogos 2011 menjadi tarikh keramat bagi kami berdua.. Actually, en. buah hati aku ni dlu, schoolmate aku.. Masa kt sekolah dulu xpernah pun nak ada cinta-cinta ni dengan dia.. Sumpah ! Masa form 4 , dia pindah sekolah and kami jumpa balik secara kebetulan di Facebook ja...First kami jumpa kt FB dia yang ADD aku dulu and dia yang mula tegur menegur ni.. Ayat dia  mcm ni ja " rasa-rasa kenai x orang ni?".. Lebih kurang la mcm tuh.. Start dari situ la kami mula kawan and berkawan.. Lama jugak la kami kawan ni , pastu xsangka la sampai nak bercinta semua ni.. Sebab dalam FB pun kami suka lawan melawan , nak cakap baik xdak la nak baik sangat... HEHEHE.. Sumpah ! aku x percaya yang aku bercinta dengan dia..Sebab dulu dia famous cket kt sekolah. 


Cita kedua plak, bila dah start bercinta ni suma , mesti la nak kongsi-kongsi story with family la kan..terutamanya mak la kan... Tapi, serius malu nak share story pasal ni dengan mak.. Nak tahu sebab apa? sebab mak memang dah kenal sangat dgn Hazim ni.. muaahahaha... Actually, mak aku dengan mak hazim ni memang kawan.. cite cite cket cket je la kt mak.. Lagi pun, adik dengan abg aku mmg rapat dengan hazim ni.. Sebelum kami mula nak couple mengapel ni.. Hazim ni amek hati adik aku dulu sebelum amek hati aku.. Memang lawak la bila taw suma ni .. Tapi bila En. buah hati buat mcm tuh, baru la aku percaya yang dia betoi-betoi nak dapatkan aku.. Sweet la dia ~ Lepas tuh baru la mula nak berbunga-bunga hati ni.. HEHEHE..


To my mr. oraits :

Awak dengar ni okey ! Awak pandai tackle hati saya , sampai saya dapat terima awak sepenuhnya di hati saya. Kalau awak nak tahu, dulu hati ni susah sangat nak terima sapa-sapa setelah disakiti. Tapi, bila dengan awak , saya happy sangat-sangat sebab awak buat saya lupakan suma pasal cita lama saya. Awak buat hari-hari saya ceria dan awak juga bawak kebahagian kepada saya. Awak , Saya janji dengan awak , walaupun awak bukan yang pertama menakluk hati saya, tetapi saya janji awak lah yang terakhir yang menakluk hati saya~



Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

 
Copyright © . All Right Reserved by Adila Husna 2013