Terasa nak makan puding karamel dari minggu lepas lg.. Nak buat resipi xdak.. Semalam , tengah kemas-kemas ruang tamu umah.. ternampak la buku resipi Puding & Desert.. Belek-belek buku tuh.. jumpa resipi puding ni.. terus p dapuq tengok bahan suma cukup.. ley la nak wat puding ni.. Mula-mula takut jugak r nak try wat , takut xjadi.. nanti xmakan mak bising.. LAst-last licin jugak...=p
Bahan A ( Karamel )
3 sudu makan gula halus
3 sudu makan air
Bahan B ( Puding )
1 tin susu pekat (400mililiter)
2 cawan air
5 biji telur
1 sudu teh esen vanila
2 sudu makan tepung jagung
Cara membuat
1. Cairkan gula dan air sehingga pekat (karamel) di dalam kuali yang tidak lekat dan tuangkan ke dalam loyang.
2. Masukkan semua bahan puding dan gaul rata.
3. Masukkan ke dalam loyang yang berisi karamel.
4. Kukuskan selama 40 minit. Sejukkan Semalaman.
5. Sedia dihidangkan.
0 comments:
Post a Comment